Wednesday, June 26, 2013

Mainan zaman kecik

Seronok bila teringat zaman kecik-kecik dulu...tak payah nak pikir hal dunia ni sgt.yang tau main..makan...main.Indah je dunia kann...


Siapa pernah main belon ni..aku tak tahu nama dia.Kita lekat kat hujung straw kecik tu..lepas tu tiup.Lepas tu aku suka pecahkan belon ni sikit-sikit guna mulut.bunyi pulppppp ( harap korang dapat detect bunyi yang aku cuba sampaikan ).

Tapiiiiiii....satu perangai yang orang tak tahu aku selalu buat.Bila dah pecah belon tu aku kunyah-kunyah plastik dia tu.Aku kunyah je tapi tak telan lahhh,kalau aku telan mungkin aku takde dah di alam maya ini.Itu je di ptg yang suram ni..Daaaaaa

Menu berbuka puasa

Hai..semalam aku puasa ganti lagi,so kali ini Hazwan ajak berbuka puasa kat Tg Malim...mana lagi kalau bukan Garden Seafood.Ikan siakap stim cili padi dia buat aku termimpi-mimpi..penat aku cari resepi tapi tak jumpa,mungkin kena godek-godek resepi sendiri tapiiiii aku ni bukan ye terer benorrr memasak kan.

So,lepas je balik kerja zasss ke Tanjung Malim...macam biasa air buah setiap seorang.Makanan pulak Ikan siakap stim cili padi, Lobster masak merah kot dengan sup bebola bayam.Lobster tu super sedap...Hazwan pulak macam tamak,auntie amik order tu suruh amik seekor,tapi Hazwan nak 4 ekor,lepas tukar 3 ekor..last2 ambik 2 ekor..sebab dia belah dua udang tu.Sekali ko....aku dapat mkn setengah ekor je,lg satu setengah ekor abis dia balun sorang.

Ni contoh ye,tapi kat atas ni Seekor je tinggal
Aku makan setengah ekor jeeeee

Seapruh isi ikan sudah lesap

Hasil ratahan

Semalam ikan siakap tu kurennng sikit rasa kemanisan ikan tu dari segi kesegaran tapi tetap sedap dik non.Licin gak aku hadap.So,kali ni sup bebola bayam tak laku sangat..so bungkus bawak balik,pagi tadi aku buat makan sahur.Tengok balik gambar ni,rasa macam nakkkkkkk mkn lagi tapi tak sedar kepala dah ting tong pagi tadi maybe sebab kolestrol tinggi kan.

Semoga aku dapat abiskan cepat puasa ganti ni..tinggal satu hari je lagi ni...Selamat berpuasa ganti buat semua kawan-kawan.Sekarang ni tengah pikir malam ni nak berbuka apa ye pulak,meh kita google2...Daaadaaaaaa

Sekian gambar penutup,promote suami sendiri.Makin leborrrrr muka tu..Tolonglah  kawal makan tu sikit.Tak seimbang pulak dengan aku yang slim ni nanti..hahaha

Tuesday, June 25, 2013

Penyejuk tekak di kala Jerebu..

Ada yang share kat facebook nun..elok minum air kelapa atau air limau di kala jerebu ni.Tapi air limau tu aku dah bosan..dulu hari-hari aku minum air limau konon-konon nak kekalkan bentuk badan kerempeng aku ni.
Air kelapa..aku tak berapa minat,jenis aku kalau nak minum air kelapa kena duduk tepi pantai (ini aku tipu)..hehe.

So,sejak dua dan tiga menjak ini..aku dah minat dengan satu air ni,jangan risau air ini tak memudaratkan dan memabukkan..hehe.Tapi ada orang cakap kalau selalu minum tak elok,urat kembang..dan blaaa blaaa blaaa.Aku dengarkan je,tapi tiap kali makan luar tetap ahkakkk order,yang penting tekak ni dah mengidam..nak buat macam mana kan.

Air Tembikai ikat tepi...

Minum air tembikai pun nak kecoh kan...hahaha,sedap pekat dan yang penting manis.Aku ni kalau air tu tak manis memang boleh mendatangkan kemarahan dan amukan.Jenis aku kalau ko nak minum air yang manis mesti cukup rasa..takde istilah kurang manis dan sebagainya.Kalau kurang je rasa dari piawaian kemanisan aku..baik minum air kosong.Walaupunnnnnn....aku ni bukan peminum air kosong,last aku minum air kosong awal bulan lepas kottttt.Jangan amalkan ye dik non,ahkak takpe sebab kat rumah ahkak ada banyak buah pinggang spare..Ok serius tak lawak..tapi nak gelak jugak..hahaha

Peingatan kepada diri sendiri..mari amalkan meminum air kosong,masih tak sedar diri muka dah berkawah dengan jerawat...sila nyah kan toksik dalam badan dengan air kosong.Ok..dadaaaaaa 

Rupa baru..semangat baru

Tadaaaaaa......takde apa pun yang hebat kat blog aku ni.Saje je edit-edit sikit background,rupa yer banyak kemborrr template blog sebelum ni.So,kita kasi tukaaaa...Mengikut piawaian bijik mata aku,ini lah antara kaler yang sesuai di mata I.. di mata u ahkak tak tau.

Nak meng edit lebih-lebih blog ni pun...I is tak reti ye,kita buat yang basic-basic je ye.Apa-apa pun selamat membaca dan selamat menghidu udara hangit kepada semua warga Malaya...Daaaaa

Monday, June 24, 2013

24 jam...

Hari jumaat yang lepas..aku dan suami memulakan perjalanan ke Kuala Berang pada pukul 8.00 malam...makna ye balik je kerja pukul 5.30 ptg,aku zassss  balik rumah,sampai rumah pukul 6.00 ptg lepas tu terus kemas apa yang patut.Penatttt...dah lah siang tu kerja byk.



Jadi berbekalkan alasan kerja yang banyak di siang hari..sepanjang perjalanan tu aku tido.Maaf sang suami...adinda mu ini lagi capekkkk.Aku tau2 je pukul 2.30 pagi  kami dah selamat sampai ke Kuala Berang..aikkkk suami aku tak stop2 ke drive.Aku bajet suami aku nanti singgah tidur kat RnR ke..ini tidak dia gagahkan diri drive sorang-sorang.So,misi mencari bilik,boleh pulak penuhhhhh.Yang ada berlambak kat Kuala Berang tu homestay..apekahhh ini.Aku bebel kat suami..kalau tau nak sampai cepat mcm ni aku try google tempat penginapan kita.Ada satu tempat tu mamat tu boleh poyo-poyo pulak cakap bunyikkk key alll..kalau susah-susah you alll tidoo masjid jelaaa.Nasib aku tak tamporrr muka ko dikk sebab ahkak ni masih dalam keadaan mamai.Siap ber you dan ber I bagai...geli tekak ahkakkk.

Nak taknak kitaorang terpaksa lah drive lagi setengah jam ke Kuala Terengganu,terpaksa pulak round-round KT pagi-pagi sambil di temankan mat-mat rempit KT.Tapi memang rugi check in pukul 4.00 pagi..check out pukul 9.00 pagi esok ye.Tapi nanti nak mandi kat mana kalau tak sewa hotel gak kan..at least bolehlah tidoo berlunjurrr (ini bukan mencarut ye,kalau area tempat aku maksud dia macam meluruskan badan gituu).

Aktiviti Sabtu pagi tu dimulakan di Pasar Payang..senang breakfast je sume kat situ,tak payah pusing-pusing sgt area KT ni pun sebab kepala pun ting tong dan mata sembab.Misi ke Terengganu ni pun bukan ye nak berjalan tapi sebab nak ambik adik ipar kat Kuala Berang.Pagi-pagi kita pekena nasi minyak dulu...gulai ayam dia memang terbaikk,tapi lagi sedap kalau ada acar.Tapi sebab kedai tu jual nasi minyak je..lauk gulai daging,gulai ayan dan gulai telur je ada.Ahkak redhoooo...

Nasi minyak Pasar Payang

Suami aku boleh buat muka pelik kata nasi minyak ni kenapa warna-warni..aku cakap ni pewarna lah..tempat kita pun ada,tapi zaman skrg ni tak tahu kenapa org malas.buat plain je.Bila berkaler-kaler macam ni kan berseri...hehe

Misi di teruskan...aku sempat lah rembat kain sutera batik satu,ada gak baju raya nanti kan.Beli keropok ikan parang yang betul punyer takde campuran ikan lain..sekilo RM28.00.Kalau aku kena tipu..nasiblahhh.Beli pengkukus..nak melengkapkan dapur,yang kecik tu baru RM18..tapi bukan cap buaya lorr..gasak jelaa asal berkukus.

Pukul 11.00 pagi kitaorang terus ke Kuala Berang,makan tengahari..Pukul 1.00 tgahari meneruskan perjalanan pulang.Macam biasa aku terus tido sampai pukul 3.00 ptg,lepas tu aku tukar drive dgn Hazwan..Singgah makan kat RnR Termeloh,bungkuskan seketul ikan patin buah buat ayah mertua,ok lah harga seketul RM12.00,kalau yang sangkar RM7.00.Jangan tanya aku apa beza rasa ikan patin ni sebab aku ni memang tak makan ikan sungai..kenyirrr tekak ahkak sebab ada mcm bau-bau tu kan.

Alhamdulilah pukul 7.30 pm kami selamat sampi ke Batang Kali.So trip ke Terengganu kali ni tak sampai 24 jam,sempat bermalam di Kuala Terengganu dan shopping sikit..Esok pagi Ahad bangun badan sakit-sakit,keluar lunch..ptg sambung tidur lagi..baru legaaaa dan bertenaga semula.So,malam baru larat kemas rumah bagaiiii.Orang nak tidur aku baru bertenaga nak vacuum rumah bagai kan.Yang kesian pagi Ahad tu Hazwan kena pergi Hari Bertemu Pelanggan,dan oleh sebab itu kami terpaksa buat short trip..kalau tak banyak lagi list tempat aku nak pergi weiiii..antara ye pekena sotong celup tepung kat Pantai Burok.Telan air liur je laaa.

Ok lah...tergeliat jari aku ni type entry ni.Dah lah udara tengah hangit sekarang ini..sampai ketemu lagi yokkk.Daaaaa

Friday, June 21, 2013

Cara menjaga beg dari terkopek @ berpuah...

Kat sini aku nak bagi tips untuk menjaga beg..tapi kalau korang dah tau takpe lah kan.Entry ini buat yang tak tahu.Kadang-kadang sayang kita beli beg,bila tak pakai lepas tu dia terkopek-kopek..lalu luluh rasa hati ini..n lagi luluh hati sang suami sebab nak kena belikan handbag baru..hehe

Tips ni aku dapat dari kakak sepupu aku...sapukan minyak johnson atau olive oil yg pakai kat badan atau rambut tu pada beg yang mudah mengelupas contohnya bahagian pemegang beg tu.Jangan korang sapu minyak masak udah lah ye...nayaaa je kang bau ikan goreng beg tu nanti.

bahagian pemegang dia dah mula buat hal

Contoh beg di atas yang dah mula nak mengelupas..aku sapu jugak minyak.Hello beg..ko berkedut seribu pun takpe..asalkan jgn ko terkopek-kopek ye.

mungkin masih sempat di selamatkan...

Bila aku dapat je tau tips kakak sepupu aku ni..aku terus sapu minyak kat pemegang beg atas ni..sebab dia dah start rasa kasar-kasar.Pastikan urut dengan lembut..hahaha

ini minyak yang aku guna tu

Minyak ginvera ni wangi dan harum gituu..minyak ni aku buat bersihkan eye liner sekali.Semoga tips yang tak seberapa ni dapat membantu anda yang tengah susah hati sebab beg kesayangan sudah buat hal.Ok...daaa,seronok hari ni dah hari jumaat.Selamat datang weekend.....


Thursday, June 20, 2013

Restoran Garden Seafood Tanjung Malim

Al kisah ini berlaku semalam....tekak teringin nak bersiput-siput,hehehe.So,layan je tekak ni,balik je dari kerja terus zassss ke Tanjung Malim..semangat waja sungguh di situ ye.

Restoran nie makanannya sedap jugak dan yang penting halal.Sape yang nak makan seafood tapi kat area KL nun mahal berhantu sangattt.... boleh lah datang sini.Ikut highway zasss je korang sampai..tak tahu jalan?GPS kan adooo..dia tulis dalam tu GARDEN SEAFOOD HALAL gituuuu.

Semalam kitaorang makan berlima..menu ikan siakap medium masak stim cili padi,muscle masak apa entah macam kicap2 gitu,ketam masak kam hoa kot(bantai jelaa,asal ada bunyi),udang butter,sup bebola bayam dan air berbuah-buahan tempatan dan oversea setiap seorang.Total Rm150 je..murah kan,berbaloi dengan rasa dan layanan yang diberikan.

Gambar nan adooo..sebab segan nak ambik gambar dpn family in law..lagi pun perut lapooo last makan nasi pukul 10 pagi..gigil i dik non.

ini je satu gambar yang di capture
Terimalah gambar penamat..takde gambar-gambar telan air liur..nanti kesian orang yang puasa ganti megidam pulak.Aku kalau time puasa ganti mesti tertengok gambar makanan..orang kata makruh tapi asal ye sebab nak cari resepi baru..alih-alih jalan-jalan cuci mata pulak.

So..kepada yang sedang berpuasa ganti tu..gue megertiiii.Aku ada lagi 3 hari tak gantiii,waaaa...time is running out,terus layan lagu Muse.k byeee...lari-lari masuk youtube search lagu muse.

Wednesday, June 19, 2013

Apa minyak angin feveret anda?

Setiap orang ada citarasa berbeza-beza dan juga penerimaan dari segi deria bau.

Bagi aku minyak angin yang baik adalah minyak angin yang mempuyai bau yang meyenangkan...so pilihan aku adalah minyak yu yi cap limau.Baru aku tahu minyak yu yii ni ada 2 jenis sebab bak kata tauke cina kedai ubat kata tauke minyak yu yii ni asal dari bapak dorang tapi bila sampai ke anak...dorang berpecah.Aku tak tahu lah betoi ke tidak,malas aku nak buat research bagai.Bukan ye dapat gajiii pun kan.


Mesti kena ada dalam beg ni... kalau lps mkn rasa mcm kenyang-kenyang loya mesti aku hidu minyak yu yii ni.legaaaa kata kauuu...

Kalau sengal-sengal badan pun rasa lega bila sapu minyak ni..panas dia pun suam-suam kuku je.

Akhir kata...pastikan yang original.dadaaaa

Feeling feeling jadi student kembali


hahhhh...kata kau..tetiba pembuka kata macam tu sebab kebosanan melanda.Itu kasut baru kiteeer...feeling student abis.

Suami aku cakap kasut tu macam kasut mcdonald,sampai hati youuuuu...tapi aku ni bangsa degil dan aku rasa yakin dan selesa pakai kasut tu...aku tetap beli dik non.

Kasut yang sesuai utk perjalanan jauh lagi-lagi  kalau kena berlari n berjalan jauh nak naik kapaiii tebangggg udara asia kan..hehe

Ok lah kawan-kawan..kalau megantok sila tidur di surau opis masing- masing ye.dadaaaaaaaa

Thursday, June 13, 2013

Kata-kata Semangat kepada diri sendiri...

Apabila apa yang berlaku di luar apa yang kita jangkakan, ingatlah bahawa Allah sudah mengatur segalanya untuk kita. Kuatkan iman kita kepada Allah, dan percayalah Allah akan menunjukkan jalan keluar setelah selesai ujian untuk hambanya. Jangan putus asa dan jangan melatah, percayalah Allah di sisi kita.

Kita semua akhirnya dapat apa yang kita kehendaki walaupun tidak sebagaimana yang diimaginasikan oleh kita semua.


Credit kepada Dato' Tuan Ibrahim bin Tuan Man, korang boleh like page FB beliau.Banyak kisah-kisah teladan dan menarik yang beliau kongsikan.

Wednesday, June 12, 2013

Pra Ramadhan pun kini bermula

Minggu ini bermula lah pra ramadhan aku,maksud pra ramdhan aku kat sini ialah puasa ganti last minute...tak sampai sebulan nak masuk bulan ramadhan baru sibuk nak ganti puasa..aku lah orang jenis spesia macam tu..tiap-tiap tahun mesti macam ni.Korang semua dah abis puasa ganti tak?hehe

Ini menu semalam,cadang ye nak keluar nak pergi beli petai..yeah petai adalah feveret aku tau.Tapi bila Hazwan balik rumah dia muntah-muntah pulak.Tak sampai hati plak nak ajak dia keluar.So dengan pantas ye keluarkan ikan dalam fridge.

Nasib baik cili semua dah siap blend,so tinggal tumis je.Pantassss...

Asam pedas cair ikan tenggiri

Sayur dgn sotong cincai nama ye
So,itulah hasil berperang di dapur...suami aku siap puji kata sedap sayur kat atas tu..aku rasa biase jekk kot.Setakat cincang bawang putih,lepas tu tumis bawang putih,masuk sotong..tambah sos tiram..lepas tu campak je sayur kacang buncis tu..kesedapan tu mungkin datang dari air tangan aku kot (geli tekak korang baca kan).

Malam nie takde idea lagi nak berbuka apa...tapi tekak tiba-tiba teringin sambal telur rebus..macam best je kita lenyek-lenyek kan kuning telur..tambah pulak dengan kicap kipas udang,sambal tu buat pedas sikit..wow nikmatttttttt.

Ok lah,sampai ketemu lg dong....daaaa

Tuesday, June 11, 2013

Testing...testing 123


Ini first time try update blog guna fon....selama ini memang tak terupdate pun blog ni. 

Saje je update guna fon,lps tu nak tgk blog sendiri guna pc opis.Kantoi di situuuu lebih membaca blog dari membuat kerja tp lps kerja sume settle ye...


konon-konon tengah buat kerja..padahal

Aku rasa korang pun biasa guna taktik di atas ni kannnn...minimize kan fb dan bacaan ilmiah,hehe.

Selamat bekerja kawan-kawan semua...



Melaka...aku tak pernah jemu

Melaka adalah salah satu negeri yang aku suka dari segi senibina,budaya dan yang penting makanan-makanan ye yang sedap-sedap belaka gituuuu...tapi kenapa Melaka ni banyak sangat trafic light.

Tempat wajib pergi mestilah jonker street...jalan-jalan kat situ terasa diri macam pelancong asing.
Kalau korang pergi Jonker Street silalah singgah ke Jonker 88,laksa dan cendol ye terbaikkkk!!!
Tapi sayang ye masa aku pergi Melaka bulan lepas tak dapat lah nak merasa keenakan laksa Jonker 88 kerana pada hari Selasa kedai tu tutup..nasib tak megandung time tu,kalau tak sure meleleh air liur baby,hehe.

sangat rare kedai ni....i loikeee,nak kedai macam ni satu..pleaseee
Perjalanan diteruskan di area Jonker Street ni,tapi setakat cuci-cuci mata jelahhh...

Si baju merah itu...beliau suami aku Hazwan merangkap hero aku  dan juga banker,hehe
(Abaikan aksi beliau mengelikan kan ketiak monumen itu,jika korang perasan lah)
Setelah berpeluh-peluh ketiak round Jonker Street,kami meneruskan perjalanan ke Umbai..makan time.Sorry naik lori sebab takde gambar kerana diri ini sgt penat tambah berlengas..hanya pikir pasal makan.

Time di Umbai,aku try mkn di Parameswara,seafood memang fresh dan harga reasonable.Tapi maybe di area tempat aku di Restoren Nelayan Simpang Empat,Hutan Melintang lagi murah kotttt.

Oleh itu kawan-kawan,sekiannnnnn adiosss.


Monday, June 10, 2013

Kasut,Lori dan Backhoe

Kisah ini terjadi pada 04 Jun 2013,tiba-tiba aku aku jadi kontraktor bidan terjun..layan kan jelaa,rezeki jgn di tolak kan..
Selama ini aku ingat senang je kerja ni,arah-arah orang suruh buat kerja,rupa-rupa yer nehiiiiii....SUSAH jugak rupa ye.Kepada ayah saya,anakmu ini berbangga dgn anda...

Ada sekali tu ,aku boleh menitik air mata sebab al kisah yer aku penat dan aku teringat ayah dan ibu aku yang bekerja susah payah membesarkan kami adik-beradik.Selama ini aku seperti tak menghargai apa yg dorang bagi.Lalu terus pakai spek itam,kang cina driver backhoe tu perasan plak aku tgh berduka ni.

Tiba-tiba kerja aku ni macam mengamalkan konsep 1 Malaysia pulak kan,aku melayu idung kemek,driver backhoe cina dan driver lori india.Amalkan konsep 1 Malaysia yeaaa,semoga lepas ni byk lagi projek mendatang.Semoga pak Najib hargai usaha murni saya ini..haha

time ni je aku dapat mengamalkan pakai kasut ghupe gini (teringat zaman study dulu),tp kasut ni best cuma aku tak pakai stoking..lps tu kaki berpeluh..pakai plak dari pagi sampai ptg.Akhir ye kaki gatal-gatal.Terima kasih kasut,terpaksa plak aku ni masak air panas nak celup kaki..baru lah legaaaaa....

Dan sebagai kenangan pertama saya,aku taknak plak jadi kenangan pertama dan terakhir sebab aku syok buat kerja-kerja macam ini..saya persembahkan 1 Malaysia bob the builder.Sekian,adiooooosss.