Monday, November 25, 2013

Tips menyimpan barang basah

Salam Isnin semua...jangan dok meguap-guap.hehehe
Tips lah sangat nak bagi kan,benda biasa je.Aku just nak share macam mana aku menyimpan barang basah aku supaya segar dan enak di makan.gituuuu

Kalau aku balik kampung mesti aku akan beli bekalan barang basah ikan,udang dan sotong.Kalau nak beli kat Batang Kali ni memang beza bagai langit dan bumi harga dia.Kalau ada yang murah pun stok ikan yang dah lunyai buat kucing makan je,itu pun kucing tu pikir 40 juta kali sebelum ngappp.

Contoh perbezaan harga,kalau kat Sabak Bernam ikan tengiri RM18 gitu..kat Batang Kali RM27 macam tu dan kadang-kadang lebih.Ikan merah baru sekilo RM28 kat Sabak.Kat Sabak sotong yang besar gabak tu baru RM18 je sekilo.Udang harimau yanf separuh tapak tangan tu pun baru sekilo RM40.Dan kadang-kadang harga lagi murah dari apa yang aku tulis di atas mengikut faktor tempat,musim dan kadar belian contohnya kalau ko beli borong lagi murah lah ko dapat kan.

Panjang mukadimah...cara aku menjaga stok ikan,udang n sotong aku segar ialah :

- siang ikan etc sebelum simpan
- jangan cuci ikan etc tersebut
- simpan dalam plastik putih ( bungkus lauk) atau bekas mengikut kadar portion sekali masak

So,makna ye setiap kali nak masak tu...kita keluarkan je satu bekas tu untuk di defrost.Takde lah kita cairkan semua stok ikan tu.Nanti ikan tu sejuk,cair,sejuk,cair terus dia jadi tak segar.

Sila lihat contoh bergambar di bawah ye.


Korang nampak tahap besar sotong,lagi panjang dar bekas putih panjang tu,kat Sabak baru sekilo RM18.
Udang pulak saiz ni separuh dari bekas taufufa beli kat pasar malam tu.Itu sekilo RM40,beli sikit je untuk 2 kali masak sahaja.Ikan merah tu korang tengok besar satu bekas tu penuh,2 ketul aku beli RM18.Ikan tenggiri yang tak berapa fresh tu aku beli kat Batang Kali.

Ikan merah tu aku ingat nak masak kari letak pulak tomato,bendi n terung.Ngamkan pulak dengan sambal udang...wowww macam mamak dah.Nak ada ciri kemelayuan kita ulamkan dengan petai dan sambal belacan.doubleeee wow wowwwww.Tapi aku tak makan sambal belacan so aku tak pernah buat sambal belacan.


So,setiap kali nak masak keluarkan je satu bekas tu.Aku ni masak untuk 2 orang makan sahaja.
Kalau nak jimat space sila lah guna plastik putih tu,aku ni asyik lupa nak beli plastik tu.Dekat rumah ibu aku banyak lah plastik bungkus lauk tu.

Itu sahaja tips yang tak berapa nak tips dari saya melaporkan dari Hulu Selangor.Sekiannn