Monday, December 9, 2013

Rawatan jerawat cara aku

Hai...
Memandangkan aku tengok ramai yang masuk blog ni semata-mata kerana entry jerawat,so lets update
pasal bagaimana aku mengatasi masalah jerawat aku.

Aku rasa jerawat aku membiak dengan suka hati mak bapak dia sebab aku ni memandai-mandai buat rawatan resdung sendiri.Yang jenis asap-asap,maybe asap dari benda alah itu telah mengaktifkan jerawat gue.Cehhhh sangat.

Aku memang sekali sahaja pergi Klinik Dr Dharan tu,memang malas nak makan ubat.
Aku bertahan dengan rawatan itu maybe tak sampai sebulan aku pakai krim dr dharan itu.

Cara aku mengawal jerawat,mengawal sahaja.Muka aku tak 100 percent elok,dari jauh macam bersih.
Tapi kalau dekat...malas nak cerita.Tapi aku bersyukur,tak lah seteruk masa macam pertengahan tahun hari tu.

Cara-cara aku mengawal jerawat :

Cuci muka mengunakan Cetaphil

Pastikan korang sebelum cuci muka tu bersihkan segala kotoran di muka guna tisu,termasuk eye liner dan     sebagainya.Lepas tu cuci tangan korang bersih-bersih dulu,lepas tu baru lah pegang muka korang yang
cun tu.

boleh dibeli di farmasi berdekatan anda,aku pakai yg for normal skin.Harga aroun RM29 mcm tu kot

Pakai serum safi rania balqis

Serum ni memang aku bantai pakai je.Alhamdulilah serasi bersama dan sesuai di muka ahkak.

beli kat farmasi berdekatan anda juga..harga kadng2 RM19,kadang2 RM21

Pakai krim kecantikan safi rania balqis

Pakai selepas pakai serum.Aku memang tak pakai krim siang atau krim malam safi.
Aku memang pakai krim kecantikan setiap kali nak keluar rumah.Memang best effect dia.
Muka macam bersih suci je gaya ye.
RM 7 je kot..pakai dari bulan 10 tak asbi-abis lagi

Untuk pengetahuan korang,masa jerawat aku tengah berkobar-kobar keluar dulu,
Aku selalu pakai masker buatan sendiri iaitu campuran madu dan serbuk kayu manis.
Mula-mula pakai memang pedih,tapi rasa best sebab kita rasa macam pedih tu bunuh jerawat-jerawat kita tu.Permainan otak semua itu ye.

So,aku share gambar sebelum and selepas.Tidaklah clear jerawat aku tapi berkurang ye kawan-kawan.

pipi kanan beberapa bulan yang lepas
           
pipi kanan pada hari ini

        
pipi kiri ku beberapa bulan yang lepas


pipi kiri ku pada hari ini
Hah..itu dia perubahan yang aku alami setakat ini selepas pakai safi.
Aku pun terkejut tengok perbezaan muka aku tu.
Sangat bersyukur kepada Allah S.W.T,ada perubahan yang positif di muka aku ni.

Harap entry ini akan dapat membantu kalian.