Tips ni aku dapat dari kakak sepupu aku...sapukan minyak johnson atau olive oil yg pakai kat badan atau rambut tu pada beg yang mudah mengelupas contohnya bahagian pemegang beg tu.Jangan korang sapu minyak masak udah lah ye...nayaaa je kang bau ikan goreng beg tu nanti.
bahagian pemegang dia dah mula buat hal |
Contoh beg di atas yang dah mula nak mengelupas..aku sapu jugak minyak.Hello beg..ko berkedut seribu pun takpe..asalkan jgn ko terkopek-kopek ye.
mungkin masih sempat di selamatkan... |
Bila aku dapat je tau tips kakak sepupu aku ni..aku terus sapu minyak kat pemegang beg atas ni..sebab dia dah start rasa kasar-kasar.Pastikan urut dengan lembut..hahaha
ini minyak yang aku guna tu |
Minyak ginvera ni wangi dan harum gituu..minyak ni aku buat bersihkan eye liner sekali.Semoga tips yang tak seberapa ni dapat membantu anda yang tengah susah hati sebab beg kesayangan sudah buat hal.Ok...daaa,seronok hari ni dah hari jumaat.Selamat datang weekend.....