Wednesday, July 31, 2013

Kasut hijau aku hilanggg...sapa curikkkk

Tajuk taknak kalah..mungkin akibat sedikit meroyan sebab tetiba sangat gambar kasut aku sebelum ini hilangggg....inilah akibat ye tak megantuk di waktu luch hour lalu megodek blog sendiri tanpa sebab.

Dah lah gambar kasut tu zaman friendster...si friendster tu pulak baik hati abis di delete ye semua gambar aku dan korang semua kannnn..harap sangat facebook tak jadi macam friendster.

Dengan usaha gigih,aku godek-godek gambar lain...bolehlah gambar tu.edit pun guna powerpoint pun,orang lain sume sibuk ber adobe bagai.terima jelaa seadanya...

Ramadan ke 21

Sekejapannnn je kan dah Ramadan ke 21,minggu depan dah nak raya.Sedikit kaget aku sebab banyak benda tak settle lagi tu.Weekend ni dah sibuk balik kampung,tapi sebelum balik kampung tu kena lah kemas rumah sendiri kaw-kaw dulu kan.So hari jumaat tu lepas berbuka macam-macam benda nak buat kat rumah tu..nak tukar air akuarium,nak cuci bilik air (kang lepas balik kampung kang ada pulak dtg beraya berkeladak pulak bilik air tu walauuuuupunnn tak pernah sampai tahap macam itu kan)...tapi aku pelik sesetengah orang tu selera nak menjalankan misi dalam bilik air yg kotor...itsss so yewwww.

Tapi hari jumaat tu malam ganjil kan,orang lain semua sibuk cari malam lailatul qadar..aku ni dah plan nak sibuk benda lain pulak kan.Bila dah last-last nak habis puasa ni,malas masak tu dah sinonim dengan semua orang.Tapi aku suka lagi kalau berbuka masak sendiri sebab takde lah time sahur aku nak memasak lagi.Tapi apakan daya,tarikan magnet luar itu sangat kuatttt..

Tapi semalam aku elok masak,sebab tekak ni tak tau nak makan apa kat luar tu.Elok pulak teringin makan sardin sebab tengok kat blog kak filla and mama tia mia..auwww mengancam sardin anda.Balik terusss zasss nak masak...tapi aku ni ikan sardin tu aku goreng sikit,taknak dia lembik and rasa hanyir.Tapi tue lah ikan sardin ni jahatttttttt sgt,time goreng suka nooo meletup-letup lepas tu minyak dia terpercik kat kaki kanan aku..pelik aku kat situ,awat ye pergi kat kaki..nak kata aku masak bersila tak jugak.Elok dapur tu atas kabinet kannn.Apa-apa jelaaa labu tapi nasib kaki aku tak melecur.

lauk semalam
Simple je aku masak,buat sardin,telur dadar dan sayur campur.Kuih of koss beli je dik non,mana ada masa nak mengetel kan.Semalam first time dapat buat sardin ala mak mertua aku,suami teringin benor..rupa ye tak payah bubuh cili kering pun.Aku selama ni buat sambal sardin rupa yeee.Versi kali ini sangat senang sebab tak payah tumis cili pun.Kurang lah percikan minyak.

Masak ye kejap,megemas yang jadi lambat...aku tak biasa makan tanpa kemas dapur.Kalau goreng telur sebijik pun aku sibuk lap dapur siap mop bagai.Aku memang tak suka dapur berminyak...

Itu jelaa al kisah semalam..tamat.hari ini takde idea nak berbuka apa.Suamai aku sebelum gerak pergi kerja dah tanya kat aku nak berbuka apa malam ni...pagi sangattttt awak tanyaa.Perut pun kenyang lagi makan sahur tadi..hehehe.I love u syg..ok tetibe sangat.Byeeee and selamat tidur di surauuu..

Monday, July 29, 2013

Tak sangka kan.....

Hari ini hari yang malas tak kawan-kawan....aku ni tengah-tengah,nak kata malas takkk sangat,nak kata rajin pun tak sangat..gituuuu.So,apa macam weekend anda,adakah persiapan raya semua settle.Aku nak kata settle macam tak cukup pulak baju,nak beli lebih-lebih nak kemana pulak kan..so mari kita berjimat.Tapi dalam hati nak merembat 2 pasang baju online gak tu.

Semoga malam ni aku laki bini akan rajin pergi terawikh...kita tak tahu mana tau tahun depan tak berkesempatan,sama ada tak bernafas lagi atau pun aku dah beranak kecik kan,sementara mood pegantin baru ni..baik aku gunakan masa yang ada sebaik-baik ye.

Satu hal lagi tekak ni teringin makan cookies buatan sendiri..mengada tak mengada tekak aku ni,sendiri punyer je suka (nak perasan cakap cookies aku sedap lah ni)...lagipun chocolate chip cookies ni pun senang kacang kuda je nak buat...seriusss..nanti aku up kan picture (kalau aku jadi buat lah kan).Minggu depan dah raya,baru aku teringat cookies tak buat lagi.Bahan-bahan pun tak beli dik nonnn..tapi ada hati nak bagi keluarga aku seorang sebalang.Kalau dapat letak kat rumah aku tu sebalang pun dah boleh buat sujud syukur kan.

Itu jelaa...takde benda pun nak share,merepek sungguh kan update aku ni.Nak buat macam mana,aku ni memang suka merepak merapu..k bye...

Thursday, July 25, 2013

Sembang-sembang sebelum pulang

Meh adik-adik dan kakak-kakak kita sembang-sembang sebelum aku balik rumah ni..hari ni korang berbuka apa?aku dengan kawan-kawan opis,kalau lepas solat time lipat telekung time tu lah masing-masing sibuk tanya..berbuka apa hari ini,masak ke?bukan apa,masin-masing dah takde idea nak makan dan masak apa kot..

Opis aku ni pulak satu,nama je kilang melayu,dah melayu islam pulak tu..haram dia nak bagi balik awal,tetap balik pukul 5.30pm,apa ke salah ye time bulan puasa ni buat amal jariah sikit..potong lah time rehat minum pagi dgn minum ptg kan...kalau dpt balik pukul 5.00pm takdelah terkocoh-kocoh sgt kannn...tp tu lah time ni baru nak mengadu dgn korang,dah selamat ramadan ke 16 kan..Alhamdulilah.

Hari ni aku berbuka dekat bazar ramadan batang kali,sebab suami aku ada program bazar apa entahhh..ok dah time kawan-kawan..bye2

Wednesday, July 24, 2013

Asyik cerita yang sama je kannnn

Alahaiiii..rasa letih pulak puasa hari ni.Maybe sebab aku tak minum milo kot sahur tadi,sedih...milo habis lah pulak..tak teringat nak beli.Time lunch ni kena pegi Tesco beli milo ni,alasan je konon ye nak beli milo,kang tersambar tudung sehelai..hahaha.Biasa lah perempuan,usia pun nak masuk ke alam acikkkk-acikkk bukak pintu gitu.

So,ini menu berbuka semalam...Ramadan yg ke 14,ahkakkk masak..balik terus bersilat..macam-macam bunga keluar.Semalam masak 2 lauk je,ayam masak permaidani merah dengan sup sayur bukan dari taman ahkak.bengong sebentar...tapi semalam aku memang plan nak masak ayam masak merah,lps tu aku pergi beli daun sup dengan bawang.Bila balik aku bukak plastik aku terus terblurrrrr sebentar..mungkin faktor kekurangan gula dan air membuat aku terawang-awangannnn gituuu.

Sila lah tengok gambar tak seberapa nan adoooo ni..sudi tengok,korang tengok..taknak tengok tutup je cepat-cepat...

Ayam masak merah

sup sayur

Korang tengok,semangat aku taburkan daun sup kat ayam aku tu...lepas tu suami aku belikan kebab brother poyo KKB dengan roti boom meletup.Kebab aku semalam lembik pulak roti pita dia,selalu lazat je.Roti boom tak lalu lg aku nak telan semalam,aku bagi peti ais telan je dulu.Tengok malam ni aku panaskan,makan pulak dengan susu atau gula..memang terbaikkkkkk lah kan.

Ok itu jelaaa kawan-kawan,poninggg pulak kepalooo den ni..tetibe sgt ke n9 ye.ok.byeeee


Tuesday, July 23, 2013

Ramadan ke 12

Hari minggu hari tu adalah weekend yang paling awesomeee..sebab kitaorang laki bini tak kemana-mana..tiada agenda yagn perlu dilakukan selain hanya berehat di rumah sendiri.Rasa ye dah berbulan-bulan aku tak dapat rehat macam ni.So,hari ahad tu kitaorang memang tak keluar rumah langsunggggg selain sapu sampah depan rumah.

So,makna ye kena makan stock apa yang ada dalam rumah je.Setelah aku selongkar segala bahan...tadaaa,ini lah hasil ye...

ikan masak cuka atau acar atau wateverrrr...hehe

sayur campur dilimpahi sos tiram econsave 

telur masin (macam pelik kan,aku salah potong kot)

sambal ikan bilis bersama petai

Alhamdulilah...takde kuih mueh bagai sebab malas sgttttt nak keluar pada ari ahad tu.Tak sabar nak tunggu hari minggu ni sebab nak balik Sabak pulak,jumaat ni cutiiii...seronok yeee duduk Malaysia (eh..tetibe sgt kan..)

Monday, July 22, 2013

Ramadan ke 9

Ini entry sambungan dari sebelum ni..saja nak tunjuk lauk yang aku beli.Sila cuci tekak sambil menonton gambar-gambar makanan yang tak seberapa ini.


Hari tu tekak ahkakk teringin pulak nak makan daging..tapi aku ni bukan ye boleh makan daging lembu sgt nanti
Daging masak merah

Kailan goreng (takmoletak ikan masin)

Tom yam putih

Pewangi mulut

Kerang bakar (tapi aku rasa ni kerang rebus)

Setelah di susun....tadaaaa

Kebab ayam brother poyo,suami aku beli kat bazar KKB

Lepas tu before berbuka saja lah aku up kan pic makanan kat instragram..aku tulis 'selamat berbuka'...ada lah kawan-kawan yang komen wooo ayu pandai masak,lauk mcm kedai lahh..esok ye baru aku komen balik..aku tak cakap pun lauk ni aku masak,aku masak nasi je pun..sume bengang kata tertipu..serisu ahkak takde niat nak menipu ye.

ok..itu saja,kelam kabut ni nak pegi amik baju raya..ye yeee baju raya i dah siapppp..

Thursday, July 18, 2013

Sempat ke nak masak nasi niiii

haiii koranggg...tgh tunggu nak berbuka ke.ahkakkk ni tgh tunggu makanan kat kedai siam ni...awat lambat sgt ni,sempat ke nak masak nasi jap lagi ni.Mula-mula cadang ye nak mkn kat kedai je tppppppp mcm lama pulak lagi time nak berbuka kan.Sekali hambikkk ko,terkandas lg kat kedai ni.

Banyakkan bersabar wahai hati...siap pun dah makanan ahkakkk,kena sengseng lengan baju siap-siap ni....balik rumah terussss zasss cuci tangannn masak nasi.Selamat berbuka semuaaa...

malam nanti kita pelahap mangga pulak ye cicah dgn kicap tambah cili padi meletoppp kata kauuu

Tuesday, July 16, 2013

Puasa Day 6

Hai kawan-kawan...dah puasa ke 7 dah kiter,sekejapannn je dah seminggu kan.So,semalam adalah hari isnin malas nama ye,nasib baik suami aku yang baik hati sudi nak hantar aku pergi kerja.Bertuah ye rasa tak payah drive..So balik kerja terus ke bazar ramadan di Serendah.

Alhamdulilah terus dapat parking,bazar Ramadan di Serendah ni tak besar mana tapi banyak pilihan makanan mengikut tekak masing-masing ye.So total makan berdua campur air bagai RM15,super duper murah kan..Sila lah jamu mata melihat makanan di bawah..

Kepak...3 ketul RM 5,murah kannn

Sayur lemak pucuk paku RM 2

Kuih RM 2..tak perasan aku pilih kueh sume kaler hijau

Ikan bawal 3 rasa RM 4

Lepas tu aku beli air mata kucing RM 2,air sangat manis dan pekat.I loikeeee...Pendapat aku bazar Ramadan Serendah ni majoriti peniaga-peniaganya memang asal berniaga atau ada kedai..bukan jenis time ramadan baru nak jadi peniaga.Petang ni boleh singgah lagi borong apa yang patut..so balik rumah tinggal masak nasi,tak payah bukak silat bunga nak memasak dan tergopoh-gopoh kan.Malam kita boleh fokus dan dgn tenang hati dan juga tanpa berat kaki kita menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadan.Gituuuu.....

Ok..selamat bekerja semua.Aku ni time bulan puasa ni lah berlambak-lambak kerja,tapi sempat pulak datang sini kan..haha.Daaaaa




Friday, July 12, 2013

Berbuka puasa day 2 & sahur day 3

Ye..apa macam puasa day 3,aku megantukkk..berebut semua orang nak tidur kat surau opis.Aku gagah-gagahkan diri menyelit tidur dalam surau tu.

Semalam aku berbuka rumah mertua lagi...well menantu kesayangan,hakkktuiiii...tak sempat pun nak pergi bazar ramadan.Sampai rumah mertua pun ngam2 waktu berbuka,sebab ada hal yang tidak dapat di elakkan.Lauk berbuka adalah kari sotong,hari-hari-hari makan kariiii..banyak cekadak pulak aku ni kan..tapi yang penting marvelessss kari tu.

So,sahur aku kena lah masak..tapi tak sempat nak sahur lagi perut dah lapar.So kita supper dulu sebelum tidur ye,aku laki bini bertungkus lumus memasak..tapi masak burger je pun,lps tu goreng telur.Buat alas perut..lepas tu terus tidur..so tersimpan lelemak yang boleh di guna untuk hari ini,tak sempat terbakar lemak-lemak itu.

takde apa yg special pun

So,sahur tu aku masak satu lauk je..aku masak paprik udang..senang lauk paprik ni sebab sume ada situ..sayur pun ada,jimat masa dan tenaga memasak ni.Lagi pun pagi-pagi buta bukan ye selera bebenor pun kan.

Paprik udang,terlupa pulak nak letak bawang kan

Kami berdua jeeee

Ko tengok tu..yang belah kanan tu suami aku punya tempat.Dia siap minum air masak,yang aku dekat mug kaler oren tu air coke (tapi takat gas yg lite-lite je tu).Pinggan aku siap berpetai tu..barulah ada selera nak makan kannnn...

Alhamdulilah dengan rezeki mu Ya Allah..selamat berpuasa kawn-kawan.Daaaa...


Thursday, July 11, 2013

Puasa day 1

Mari kita cerita pasal berbuka puasa semalam...impian hanya tinggal impian,aku tak masak pun.Pergi berbuka rumah mertua,terima kasih kepada ayah dan mak mertua...senang menantu tunggal anda ni,takde kelam kabut bersilat di dapur.So,balik kerja terus ke rumah mertua..Hazwan pergi bazar sorang-sorang sebab aku tunggu dalam kereta,susah sangat nak dapat parking.Orang tak puasa pun sibuk nak membeli jugak kan..padatttt aku tgk bazar semalam..tak lalu aku berlaga-laga dgn orang yang tak dikenali.

So,semalam aku masak time sahur je.Mak mertua bekalkan Kari Udang..memang marvelesss..tengah malam aku makan seround lagi bersama petai.Lepas tu time sahur aku makan lagi..dgn petai jugak.Sekali pagi ni ambik kooo...bertapa dalam toilet.Takpe,petai tu mungkin mengdetoxkan badan aku ni.hehe.So,time sahur aku cuma masak sayur campur dengan ikan bilis goreng tambah petai (ye petai lagi di subuh hari).Gambar yilekkk sebab bateri hengponggg yilekkk jugak.

Petang ni berbuka dekat rumah mertua jugak..wow besttttt.Tapi aku nak gagahkan diri masuk bazar ramadan ptg ni...nak beli kuih manis-manis untuk menambah tenaga dalam badan..barulah boleh terawih tanpa sakit lutut..gituuuu.

Tapi tetiba ahkakkkk megidammmm....nak ajak en suami tercinta pergi supperrrr malam ni

Nan cheese bersama ayam tandori...terliurrrrrr

Kepada kaum isteri selamat berperang di dapur...yang bujang-bujang pergi bazar ramadan jekkk,tak payah masak-masak..pergi tolong janakan pendapatan peniaga-peniaga bazar ramadan yea.OK daaaa

Wednesday, July 10, 2013

Selamat berpuasa semua...

Selamat meyambut puasa..patut ye wish semalam ye.Ini ada satu jenaka pasal meyambut puasa di kampung akak.Contoh perbualan Seman dengan Pak Abu (ni nama stok2 cerita drama melayu,hehe.)Kampung ini terletak di Perak ye.

Pak Abu : Ada kamu balik Seman

Seman : Saja balik..nak menyambut puasa.

Pak Abu : Buat apa ye kamu sambut puasa

Seman : Aik (buat muka seposen)

Pak Abu : Puasa bukan boleh di sambut,dia tak jatuh pun....

Harap korang paham apa yang aku cuba sampaikan..kalau taraaa paham,pergi main jauh-jauh.taknakkk kawan..

Sejak dah jadi bini orang ni...time bulan puasa je mesti risau nak masak apa,nak mengayakan menu lagi.Bila tanya sang suami..awak masak je apa-apa,saya tak kisah.Saya makan je..Sekarang ni yeeee kau tak kisah,time dah tak bergetah nanti,itu lah alasan ko jadikan bila jumpa perempuan lain.Alasan seorang mahluk di tempat aku membesar dulu,alasan dia kahwin lain sebab bini dia asyikkkk masakkk keranngggg je.Dusshhh sebijik...

Ye melalutttt aku ni..biasa lah hari pertama puasa kan.So,menu aku hari ni,ini baru planning lah..tak payah nak tanya Hazwan..nanti aku tahu jawapan dia (awak masak je,sy tak kisah..semua benda saya bedal..itu sebab sy gemuk sekarang ni tambah buncit...hahaha,ayat gemuk dengan buncit tu aku tambah sendiri ye..sayang jgn marah sy,sy nak bagi kekuatan supaya awk menjadi slim semula..bukan apa awk suka sgt pakai baju ketat dgn fit..bila perut terjojollll dah kureng kemachoannn awk..hehe)

Berbalik kepada menuu..asyik ke laut je ni..aku nak masak ikan kerisi masak cuka (selalu ye ikan tenggiri,kat batang kali ni ikan tenggiri mahal bebenor..tenggiri papan pulak tu..tunggu balik Sabak Bernam aku borong ikan kaw2),lepas tu nak masak udang sambal bersama petai (auwww tergoda aku bila teringat kat petai yang enak itu) dan juga sayur campur (kacang buncis,kobis,carrot dan kawan-kawan)...Harap sempat lah aku memasak,aku ni sampai rumah pun pukul 6 ptg..kang tak pasal-pasal aku tak masuk dapur hari ni..ke bazar ramadan pulak kang.Tak pun mana tau pak mertua dan mak mertua aku jemput makan dekat rumah dorang..aku taknak lah main terjah rumah dorang,masih ada rasa segan dalam diri ini.Tapi gedik kan aku..nak tunggu orang jemput dan call bagai.Kesian suami aku..mesti dia nak berbuka dgn family dia,lagipun dekat..tapi I is segannnnn...Ok lah itu je di hari pertama di waktu tengahari..lambat lagi nak berbuaka..byeeeee

Tuesday, July 9, 2013

Damai Laut

Eh..eh..damai ke duduk kat situ,boleh lahhhh kan.Nama panjang tempat tu ialah Swiss garden golf resort & spa Damai laut,lumut.Amboi panjang nak mammmmppppu*** nama dia kan.Tapi biasa ye orang panggil damai laut je.Untuk pergetahuan korang nak datang sini korang boleh ikut jalan ke Segari dan Pantai Remis Perak ye.Damai Laut betul-betul bertentangan dengan Pulau Pangkor.

Aku tak ambik plak gambar Pulau pangkor dari Damai Laut.Gambar pun ada berapa kerat je asal ada buat kenangan.Adik aku poyo angkut DSLR bagai tapi satu gambar pun tak tangkap..jimat kodak,hahaha.Aku rasa Damai Laut ni sesuai untuk orang yang betul-betul stress dgn yang betul-betul nak kan privacy kata kau.Stok-stok honeymoon boleh lah dtg sini tapi private beach dia takdelah best bebenor.Aku celup kaki pun tidak kat air masin tu sebab terbuntang notis between july sampai september banyak obor-obor.So,say nehi nehiiii nak mandia air laut..elok pulak dah dekat nak puasa dan raya ni,orang lain elok cantik makan kolagen nanti tak pasal-pasal aku ni cantik kena gigit kolagen obo-obor..hehehe

Ok lah kawang-kawanggg sila lah tengok deretan gambar tidak seberapa di bawah ini.Daaaa

Jalan menuju ke fun beach kata ye...

Kanak-kanak riang yang takut pada ombak



Adik-adik tersayang

Kaki tuan blog..takde sape sudi amikkan gambar aku.Sekian




Thursday, July 4, 2013

Nama baru arnold schwarzenegger...

Jangan tuduh melulu..ahkak tak minat beliau ye.Badan ketak-ketak is serammmm.hahaha.Semalam layan movie Around the world in 80 days dengan husband dekat citra..so terselit lah sikit babak mamat ni kan.

So..bila manusia di atas ni tengah round the world dorang pun singgah di Turki,yang mamat Arnold ni jadi putera turki..lalu terjadi perbualaan di bawah


Hazwan : Eh2...Arnold schwarzenegger

Aku : apa..ulang balik 

Hazwan : Arnold schwarzenegger

Aku : Hahahahaha (gelak sorang-sorang).

Suami aku terus blurrrr apakah bini dia ni dah giler ke...aku gelak sebab aku dengar suami aku sebut Arnold schwarzenegger jadi 'Arnold susah nak ejerrr' (sebut laju-laju ye)...Lepas tu aku cakap kat suami aku,nama dia pun memang susah nak eja pun kan.

So lepas ni boleh terus ingat nama beliau ye..terpahat arnold susahnakeja.Tamatttt
     

Langgar Pantang

Langgar pantang..ini la ayat yang suami aku Hazwan suka cakap...bilaa dia tgk makanan tu macam pelikkk sgt di mata dia.Contoh ye hari Ahad hari tu kitaorang breakfast kat luar.Nasi lemak pandan kan kaler hijau.itu pun dia macam pelikkkkk,dan2 cakap kat makcik tu nak nasi lemak separuhhhh je..taknak langgar pantang konon-konon on diet lah...puiiiiiii.Sekali kau sedap nasi lemak makcik tu,tak terkakta beliau lalu trus kunyah nasi pelan-pelan..kunyah lebih 44 kali bagi melayan rasa kesedapan nasi lemak hijau tersebut.

Aku tahu..mesti dia nak tambah nasi tapi malu.Itu lah awak terlajak kereta boleh reverse,terlajak kata dah tak boleh buat apa..hahaha.
Pinggan mengikut tema kata kauuuu


Geram pulak aku dgn mata ni..tadi bukan main megantokkk,abis aku cium minyak yu yee sampai nak masuk lubang hidung...tinggal tak minum je lg minyak yu yee tu.Tapi bila menaip ni elok pulak segar terbuntang mata aku ni..syaitoooonnn betul ni.hehehe

Wednesday, July 3, 2013

Pantai Remis




Ini al kisah hari jumaat minggu lepas..masa ni aku on the way balik ke Sabak Bernam..so singgah makan kat pantai remis.Makan kat sini takde makanan lain selain bakar-bakar ye,yang ada pun nasi goreng..atau nasi putih dengan sup kosong.Ahkakkk ni baru teringin nak sambal sotong..nan adooo masak-masak gituuu di situ.

Kerang bakar

Pinggan dia siap berukir kulit kerang..tolonglah kedai ni..pakai lah bakul..comot aku tgk pinggan dia.Aku tengok orang takdelah ramai mana..tapi nak sampai makanan lain punye lah lama.Sampai abis lah sepinggan kerang ni baru makanan lain sampai..nasib kerang ni fresh dgn air asam dia marvelesss.Ini konon-konon ye ala-ala starter lah kotttttt.

Ketam sempena bulan penuh,so isi dia padatttt (kata orang tua-tua lah kan)

Sotong bakar
Udang bakar omar (hahaha..abaikan kalau tak paham dgn hahaha aku tu )'
Peringatan kepada diri sndiri takmooo order sottong bakar..ngakkk berapa sedap di tekak aku.Yang paling mahal di situ ialah udang RM80 sekilo harga termasuk kos pembakaran lah kan.Yang lain-lain murah je RM33 sekilo.So total makan murah lah..berbaloi dgn tahap layanan dan selera.

So,kalau dah bosan makan ikan kotak..meh pakat ramai-ramai datang pantai remis ni..tak jauh pun.Kalau dari Shah Alam tu tak sampai setengah jam pun.Tengok drama teduhan kasih tu lagi lama kan...
                         

Mood malassssann sudah tiba

Hai semua..hari ini hari malas aku..pagi tadi malas pergi kerja tapi aku gagahkan kan diri walaupunnnn lambat.Slumber badak aku pergi punch pukul 8.31am tanpa rasa bersalah,jalan menonong masuk opis.Janji aku jujur aku lambat..haha

Alhamdulilah minggu lepas tamat sudah pra ramadan aku...skrg ni aku tgk kat tv dorang eja ramadan dan bukan lagi ramadhan,ke memang dari dulu memang eja ramadan,aku je yg suka ati tambah huruf H,blurr sebentar kan.So,minggu ni makan no skip-skip,kena lengkap pagi,tengahari,minum ptg dan malam..simpan lelemakkk utk bulan puasa nanti.

Ini cerita last week,juadah aku berbuka hari rabu.Aku dah bosan asyik makan kat kedai je..last-last aku masak sambal telur..mavelessssssss,kena dgn selera pada hari itu ye..

Sup sayur sawi

Sambal telur (abaikan minyak-minyak yang mengakibatkan jerawat itu)

The next day,hari khamis adalah hari terakhir aku puasa ganti..hari tu aku campur-campur lauk,aku beli tomyam putih dgn sambal udang petai kat kedai kegemaran..kedai Batu 30 Batang Kali.Lepas tu aku tambah lauk,aku goreng sayur sawi..balance beli semalam ye dengan telur dadar.

Tom yam putih

Sambal udang bersama pewangi petai (tapi aku rasa dah macam ala-ala paprik)

Sayur sawi dilimpahi sos tiram econsave

Telur dadar omega atau suami aku selalu tersalah cakap telur ogawa..hahaha

So tamat lah puasa ganti...minggu depan kita berjemaah puasa wajib ye.Jangan ponteng-ponteng ye..orang pompuannnn takpe,yang jantan-jantan tu sila gagahkan diri ye.hehe