Tuesday, March 11, 2014

Tips kecutkan jerawat

Salam selasa...
Hari ni aku nak share cara aku kecutkan jerawat yang aku suka-suka picit akibat geram terlampau.Ingatttt!!! Amalaan memicit jerawat tidak bagus untuk muka anda.Sebab ini jerawat aku jadi suka hati aku nak picit dia.

Semenjak pakai produk safi ni jarang dah jerawat besar nak tumbuh mengila.Tapi sejak baru-baru ini tumbuh 2 bijik jerawat yang agak besar di pipi ahkak.

Akibat tidak memikir panjang...jerawat itu telah dibunuh dengan kejamnya oleh aku menggunakan kuku yang tumpul tapi penuh bakteria.Bertambah teruk lah jerawat itu.

Tanpa putus asa aku picit lagi jerawat itu di hari yang lain tapi lepas tu aku terus tepek krim kecantikan safi tu atas jerawat.Tepek banyak macam pakai mask dekat kawasan jerawat sahaja ye.

Esok pagi jerawat megecut dengan jayanya.
So, selamat mencuba.

Monday, March 10, 2014

Ikan Sailormoon

Semangat pulak tetengah malam nak update blog.Maybe sebab aku lapor kot tapi malas nak mejengah dapor.Tunggu esok pagi jelaaa perut wei.

Hari ni saja try masak ikan salmon. Tapi Hazwan panggil ikan tu memula ikan sameon..lepas tu dia tukar pulak nama ikan tu jadi ikan sailormoon.

Tak tahu lah rasa lawak ke atau rasa nak cubit mulut dia tu.Tanya jugak kat dia...awak buat lawak ke? Jawapan beliau..tak, saya salah sebut..Terpesona terus mak hencikkk. Pengsan dengan jawapan who wants to be a milionare beliau.

Ambik kau...merepek sungguh taipan di tengah malam ni.Meh lah ahkak nak tepek picture ikan sameon ahkak.



Sos putih ahkak main masak hentam campak-campak guna bahan yang ada.Campurkan butter,bawang putih,  susu minum tu, cheese, black paper n garam.Sukatan ikut suka nenek tiri jiran sebelah.Boleh?Hasilnya rasa dia ok lah...boleh lah.Time makan tu cicah lah sekali dengan sos cili.

Rasa ikan macam ikan terubuk takde tulang.Ada balance sikit tu,agak-agak kalau bakar tambah cili paste buat macam ikan bakar melayu tu sedap ke hah? Takpe esok ahkak try.Kalau ok ahkak story kat blog...wokeyyy.

Ok..itu je nak story.Adios...good nite abbybaldi...hehe