Thursday, November 6, 2008

Baru nak cerita..hihi

Aku nak cerita pasal raya aku yang lepas,memang amat terlambat nak aku cerita sekarang,tapi biarlaa aku simpan kenangan raya aku ni dalam blog..10 tahun lagi kalau aku baca dan terkenang mesti aku akan menangis.Nape aku lambat sgt nak update,bkn sebab bz,hari2 aku online,tp sibuk baca blog orang je..hehe

Sehari sebelum menjelang hari raya :

Pagi2 lagi dah bangun kerana aku perlu membantu ibu aku memotong bawang dan bahan-bahan lain yang amat berlambak-lambak ditambah pula dengan ketiadaan pembantu rumah,keadaan lebih huru hara,tapi semua yer berjalan dgn lancar.

Banyak sangat yang ibu aku nak masak.Menu yer adalah rendang daging,rendang kerang,lontong,nasi dagang,acar,kari ikan tongkol,kari kerbau,ayam masak merah,kuah kacang,ketupat.Semua itu dimasak sendiri,tiada yang ditempah..sungguh hebat raya tahun ni.Yang klasik yer lagi,menu tersebut dimasak menggunakan santan buatan rumah.tidak dibeli di kedai,aku memarut kelapa sendiri..amat cute mesin parut kelapa,warna hijau plak tu..jeng3

(comel kan..hihi,kaler green apple lagi tu)

Raya pertama :

Kena bangun pagi2 gak lagi,pukul 5 lagi dah bangun sebab nak buat nasi dagang..ponat2.Selepas ayah aku dan adik aku blk sembahyang raya,aku dah family aku akan berkumpul kat rumah makcik aku.Kat umah makcik aku lagi laa die masak macam2,siap ade nasi minyak lagi tu.Kitaorang satu keluarga akan bermaaf-maafan dan masa untuk megutip duit raya,tapi duit raya aku tahun ni cikit je..ish3.Lepas tu kitaorang beramai-ramai pegi kubur,tapi aku malas anak join,gerenti sesak kat sane.Selalu yer raya pertama keluarga aku akan pergi ke rumah atuk sedara yang berlambak-lambak tue,tapi tidak pada tahun ni,penat-penat aku melaram..dorang nak duduk umah je.Kebanyakan ye dlm family aku pakai kaler purple termasuk aku,mcm berjanji pulak walaupun ktorg memang x penah janji pun..hihi.
(aku dan anak cousin aku,haider..comel sunnguh kami)

Raya kedua :

Melayan tetamu yang datang ke rumah dan berjalan lagi ke rumah makcik aku,dier buat soto.

Raya ketiga :

Bangun pagi-pagi lagi sebab kami akan bertolak ke mentakab pahang.Tujuan yer adalah untuk melawat opah saya.Selepas itu perjalanan diteruskan ke kuala terengganu,jauh btoi..taubat taknak ikut lagi..hihi.Malam baru ktorg sampai ditambah pulak ayah aku dan pakcik aku adalah pemandu yang berhemah,cousin aku dah pecut 200 ++,last2 kena tunngu tepi jalan tunggu ayah aku dan pakcik aku.Kitaorang duduk kat hotel ape entah,aku dah lupe..hihi,cousin aku tak join sebab dier kena laa tido kat umah mertua dier.Lepas tu kitaorg beraya dekat rumah sepupu ibu aku,makan nasi dagang lagi..busan2,jadi lepas blk beraya ktorg rasa nak mkn lagi..lalu ktorg pegi KFC.Selepas itu,tidooooo....

Raya keempat :

Pukul 10 dah pegi beraya rumah orang lagi,kali ni beraya dekat rumah abang bob.Beliau adalah pekerja makcik saya.Tapi,mkn nasi dagang lagi..tak lalu sungguh aku.Tibe2 makcik saya megeluarkan idea yang bernas,beliau nak ke kelantan pulak..hah..beliau ingin mengambil barag kemas yg ditempah di sane.Tengahari tu plak korg pegi ke rumah mertua cousin aku,nasib mkn lauk biasa..hihi,sedappp!!!!Lepas tu balik hotel,kemas2 barang dan bergerak laa kami ke kelantan.Senja baru sampai,kami stay kat riverview hotel..renscnce da penuh..cehhh!!!Ktorg pegi mkn dan mlm tu mcm biasa lapar lagi,pergi laa KFC depan hotel tapi tak sempat..ayam dah habis,sunnguh lakuu..jadi mari kita order room service.Yang best yer ktorg duduk satu bilik ngn cousin je,xde orang tua..hihi
(chickn chop 4,milkshake 3 dan laici 2..sedap!!!)

Raya kelima :

Bangun pagi2 gak,pergi brekfst beramai-ramai.Bufet kat hotel riverview ni x berapa best,x sedap!!!Lepas tu round2 K.B,ramai orang plak tu,makcik aku pegi amik brang kemas die..dan cuaca kat keltn waktu panas mecucuk -cucuk badan,jadi kami tak mampu nak berjalan-jalan.Lepas tu kami bertolak pulang,pukul 1 pagi br sampai rumah.





(antara gambar yang sempat aku snap sepanjang perjalanan ke treganu dan ke kelantan,cantik betul pantai2 kat situ,ajak dorg singgah..tapi dorg xnak...frust aku~~~)