Friday, August 30, 2013

Ceritera...

Beginilah caranya
Di mana mereka melihat ia sempurna
Hanya ada putih dan hitam
Tanpa dijelaskan mengapa....

Ok..tetiba teringat lagu ceritera dari bittersweet..lagu zamn remaja aku dulu.Kini dah tak berapa remaja sangat dah.Saja nak sembang-sembang kosong di pagi jumaat ni...

Photo
adik beradik saya..ada lagi sorang tiada dalam gambar
Gambar kat atas tu ambik time ibu dengan ayah aku buat open house pada 24 August 2013,hari sabtu lepas.Ini jelaa aku sempat bergambar...berangan nak ambik gambar satu family...tapi haram tak sempat.Walaupun catering..tapi tetap busy weiiii...ke hulu ke hilir melayan tetamu dan keluarga tercinta..gituuuu.

Photo: itu saya punya...
Sweet and sour sotong

Aku ni peminat sotong...sangat minat.So makanan kat atas ni makanan aku,tapi aku bagi lah Hazwan rasa dulu..tapi dia kalau rasa mau sampai 5 suap..itu bukan rasa nama yer sayang.Sampai 3 ring sotong aku dia bedal..jenis sotong besooo besooo tu..sekali ngappp je.Aku ni kalau makan beria aku potong-potong bagi sama rata dengan nasi.Tension makcik tengok dia makan..tapi depan dia ahkak still buat muka tenang.

Lepas tu dia order wantan mee kot..baru teringin nak rasa,aku tunduk jap megadap sotong aku..angkat je muka...licin dah wantan mee dia..tinggal sayur celur dengan sup je.Hamboiiiiiii...tak megajak pun.Terkesima ahkak..sedap sangat ke samapi laju bebenor dia makan.

Dah tak tahu nak cerita apa...otak-otak tiba-tiba blur..Takpe lah korang,aku nak layan lagu bittersweet kat youtube jap.Da daaa di diii du duuuuu...

Tuesday, August 27, 2013

Supper time

Ok..kengkawan.Sejak akhir-akhir ini aku dan suami tercinta asyik lah nak ber supper before tidur.Dulu zaman time study memang supper kat mamak jelaaa kan.Benda yang aku asyik order air milo ais dengan roti planta.Lepas tu bila umur dah tua sikit,baru berani try kari mamak..so tukar pulak menu roti telur dengan air teh o ais...Itu pun aku suka makan kuah dal je,kari i dont like at all.gituuuu

So,bila masuk ke zaman kerja ni...memang tak lalu lah nak menapak semata-mata nak pergi supper roti canai atau melepak kedai mamak.Lain lah zaman study dulu kelas start pukul 10 pagi,bila dah kerja ni pukul 8 pagi dah wajib terpacak kat opis.

Photo: supper...
supper

So,kita supper kat rumah jelaa ye sayang oiii..biskut lexus tu suami aku sorang je balun.Selalu aku letak 2 pack,tapi tak cukup korang tau..Dia sekali makan mau sampai 5 pack.Tauke kilang biskut pun boleh papa kalau tengok dia belasah biskut tu.Aku memang tak minat biskut tu,pilihan i adalah biskut jacob,jaga badan kata kauuuu..haha.Kalau ada stok buah-buahan kita ngappp lahh..kalau takde kita telan je apa yang ada.Konsep supper kitaorang ni janji kenyang,belasah je apa yang ada.Ok...sekian,adiossss

Monday, August 19, 2013

Ohhhh...my monday

Hari ini mood ke kokdiangggg sangat...biasalah hari isnin kan.Pagi tadi terbangun agak lewat,nasib baik dah iron baju siap2..kalau tak masuk lambat lagilah kot...

Cuaca yang mendung menguatkan lagi rasa malas ni..tadi masa duduk-duduk mengadap pc..macam nak terpitammm..nasib baik tengah duduk.Rasa ye sejak akhir-akhir selalu macam tu.Nak kata kurang gula,rasanya dah selamat pagi-pagi minum air twister..makan nasi goreng lagi tu.Rasa nak pergi klinik,tapi malas sebab susah nak park lepas tu aku ni tak reti mintak mc pun...kalau doctor nak bagi.bagi lahhh..nama nak mintak memang tak reti.

So,sekarang ni dok diam-diam dalam opis.Kerja untuk hari ini macam dah settle..macam lah,yang tak settle tu esok-esok jelaa aku tengok.Saya ni monday blues tau kerjaaa...

Tetiba rindu pada bulan ramadan..bukan ramadani ye.hahaha.Kalau time macam ni mesti dah pikir nak berbuka apa...carca marba betul entry ni.Sekejap bosan,sekejap nak pitan..kang kejap lagi ingat nak makan.Haihhhh hidup-hidup...Ok byeee

Friday, August 16, 2013

Teringat zaman bercinta...

Aku dan pasangan aku ni bukan jenis yang celebrate bape hari ko couple..bapa bulan malah bape tahun.Masa kami nak bertunang..sepupu sepapat,makcik pakcik semua sibuk tanya berapa lama aku kenal dengan Hazwan.Gilerrrr memang aku tak sure,terpaksa pulak mengamittt memori lama.

Yang aku ingat kami start couple masa tu bulan puasa,tahun memang aku tak ingatttt langsung.Barakah sangat kan couple bulan puasa...orang lain sibuk beribadah,yang aku dok tergedik-gedik.Setelah membuat pengiraan,tolak tambah bahagi...rupa-rupanya tarikh pada hari ini iaitu 16 August dan tahun 2010 kitaorang couple.

Itu pun aku tak ingat,nasib baik ada hp blackberry cabukk aku tu yang remind kan aku...So disini sy nak wish dekat suami saya..

Saya sayang awak sepenuh hati saya...nahhh ambik hati saya.Terima kasih sudi terima diri saya seadanya.

Tengok gambar ni terus saya jatuh cinta pandang kali pertama...uwekkkk,hehe

Inilah si hidung mancung saya

Entry ni agak geli-geli kan..takpelah sekali sekala kan,bukan hari-hari macam ni.Ok dadaaaaa

Thursday, August 15, 2013

Rawatan jerawat di Klinik Dr Dharan,Rawang.Selangor

Aku sekadar berkongsi..aku tahu di luar sana ramai yang mengalami masalah seperti aku.Kita usaha ye kawan-kawan.

Entry ini di mulakan dengan gambar jerawat saya yang terkini...sila jangan muntah ye.





Aku dah tak tahan lagi dengan jerawat ini..rasa rendah diri dengan teguran orang..napa?ko nak bayar bil aku ke kannnn....ko ingat aku ni tak berusaha macam-macam ke.Sentap pulak tetiba kan ahkak ni,dasar hormon tak stabil.

So,pagi tadi aku gagahkan diri pergi klinik Dr Dharan ni.Klinik bukak hari-hari tapi mengikut kata pesakit sebelah aku tadi Dr Dharan tu cuma ada di branch Rawang pada hari selasa dan khamis.Turn aku tadi no 50,time aku sampai dah no 40.Tak lama tunggu lebih kurang sejam sahaja.

Inilah pertama kali aku pergi Klinik kulit yang ramai orang..selalu pesakit sikit je.Ko tahu lah kan klinik kulit ni harga ye kan mahal sikit..so bertambah yakin aku tgk ramai orang nak mendapatkan perkhidmatan klinik Dharan ni.

So,setelah consult dengan doc...beliau mengatakan jerawat aku ini disebabkan oleh bakteria.Dan memadangkan aku ni sudah berkahwin dan dalam perancangan to get pregnant so doc tak cadangkan makan satu antibiotik ni.Sebab ubat tu kena makan secara berterusan selama 3 bulan,lepas tu stop selama 4 bulan..baru lah boleh megandung.Kalau megandung gak during that period kena gugurkan.Awat...tak sanggup aku.

So,rawatan aku diteruskan dengan ubat antibiotik Erythromycin sahaja.Makan sebijik pagi dan sebijik malam.Dan aku kena pakai krim siang dan malam.Krim malam itu ada peeling sekali.
Inilah ubat yang dibekalkan...semoga menjadi kali ini.Berusaha,berdoa dan tawakal ye.Total ni semua hanya RM50...harga sangat berpatutan.

So,gambar di bawah  ini untuk maklumat anda semua...aku tebalkan kulit muka jerawat aku semata-mata nak share dengan korang ni..tepuk lah tangan sikit.hehehe





Adress korang boleh search di blog lain...dan klinik ini betul-betul terletak di belakang kedai tayar dan juga besebelahan dengan Hotel Sahara.Akan aku update lagi perkembangan jerawat aku dari semasa ke semasa ye.

Untuk perkembangan jerawat ahkak,sila ke entry terbaru mengenai jerawat ahkakkk
http://kasutkukalerhijau.blogspot.com/2013_12_01_archive.html

Masalah jerawat

Hari ini aku nak cerita pasal masalah jerawat aku,jerawat dekat muka aku ni start ada waktu umur aku 16 tahun..tapi bukan sampai tahap kronik lagi time.Dan memadangkan aku ni pun jenis pemalas nak tepek benda ala segala krim..so serius muka aku memang comot.

Lepas abis SPM,aku belajar masuk uni..jerawat still ada..kalau tension dia teruk sikittt..tapi belum lagi kronik sampai aku nak kena pergi klinik kulit.Tapi sejak akhir-akhir ini,start bulan 4 2013,jerawat aku bertambah teruk sebab banyak jerawat kecik-kecik tu,di tambah pulak dengan jerawat batu sampai kadang-kadang mata jadi bengkak sebab jerwat dekat dengan mata...memang seram kalah cerita hantu kalau cerita bab jerawat ni.

So,antara produk yang aku try...oxy time belajar dulu..nampak berkurang tapi aku ni kan pemalas dulu.So paling latest skrg aku guna produk sri mawar untuk kulit sensitif..awal pemakaian nampak kulit beransur ok,tapi apabila terstop kejap sebab krim kecantikan aku abis..muka jadi lagi terukkk..now aku pakai balik.Muka nampak cerah tapi masih lagi masalah dengan jerawat...cehhh sungguh durjana dikau jerawat.

Lepas tu aku pergi lah try pergi klinik biasa masa awal ramadan ari tu..dia bagi makan ubat antibiotik Tetracycline dan doc suruh aku pakai ubat yang macam deodorant tu..nama dia T3 mycin.Lepas aku rajin makan ubat dan apply T3 tu sempena nak meyambut raya yang semakin tiba...jerawat makin seronok pulak tumbuh membiak-biakkkkk ye....ahkakkkk lagi lah tensionnnn.


T3 mycin..ubat ni bau dia kuat sikit.Tapi bila apply takde rasa apa punnnnn.jgn risau,tak pedih n megelupas pun

So,berbekalkan semangat yang ada...aku pun buat research nak pergi klinik yang bagus tapi murah..hahaha.Klinik yang terpilih adalah klinik kulit Dharan di Rawang...ramai yer orang..aku rasa sebab perkhidmatan dia memang murah.Akan bersambung dengan next entry.....bye,time rehat..perut lapooo



Wednesday, August 14, 2013

Kan best kalau hari-hari adalah hari raya

Korang rindu tak suasana nak meyambut raya...aku serius rindu.Kalau last week ni aku berdua dengan ibu aku sibuk memasak di dapur..mestilah masak kat dapur kann,takkan kat bilik ayorrr pulak kan.

Seronok ye duduk kat kampung...seronok jugak bila boleh jumpa sanak saudara.Boleh tak kalau hari-hari adalah hari raya...Ini bukan kes apa,rasa tak puas cutiiii raya tahun ni,macam sekejapan sangat cuti.Aku nak cutiiii lagi,nak duduk rumah makan masakan ibu dan makcik-makcik tersayang.Sambil lepak-lepak boleh gosip-gosip..hahahaha

Sabarlah wahai hati..nanti raya haji kita berkumpul lagi.Tiap-tiap tahun aku mesti target nak ambik gambar byk2 nak buat kenangan,tapi mcm biasa nannnn adooooo.Tgk skrg dah meyesal,semoga ada kesempatan lagi nak jumpa raya tahun depan dan semoga Allah kurniakan rezeki,mana tahu bertambah ahli...hehehe.

Korang yang masih cuti tu...aku sgt benci andaaa,motipppp nak benci and sibuk hal orang.Ko ke yang bayar bil orang tu kan...

Tuesday, August 13, 2013

RAYA 2013

Selamat hari raya semua...dah raya ke 6 baru aku reti nak wish pada semua kan.Ahkak cuti sakan ok...dari 3hb Aug sampai lah 12hb Aug.Masuk kerja hari ini terasa lemauuu macam kueh bakar masuk dalam mulut...gituuu.

So,nak tunjuk sikit gambar raya yg tak seberapa.Ambik pic pun guna hp je,malas nak sorong camera.

baju raya ahkak..

Tahun ni beria aku pergi beli kain and tempah baju..last-last aku tak pakai pun baju ni lagi.Sebab suami ahkak nak tema hitammm..ahkak taknak jadi isteri derhaka lalu terpaksa lah beli baju lagi untuk mengikut tema panglima hitam.

Sopan di sisi suami tersayang
Aku rasa macam poyoooo sangat bila laki bini pakai hitam.Hilang kecerian pakai hitam ni,suami aku takpe lah badan dia mok-mok..bila pakai hitam nampak lah slim sikit.Aku ni pakai hitam nampak lagi sekeping aku ni dah macam tiang trafic light gituuu.

zapin di pagi raya

Itu jelaa cerita hari raya pertama 8hb August 2013 bersamaan 1hb Syawal 1434.Gambar food takde pulak..nanti kalau rajin aku cilok pic food kat fb ayah aku,ye ayah aku rajin meng update gambar food dalam fb.Hari-hari dia update menu kat rumah aku tu.Ok kawam-kawan sekiannn...Kalau megantok sila kunyah biskut raya yang korang tapau dari rumah tu...Daaaa