Monday, December 9, 2013

Rawatan jerawat cara aku

Hai...
Memandangkan aku tengok ramai yang masuk blog ni semata-mata kerana entry jerawat,so lets update
pasal bagaimana aku mengatasi masalah jerawat aku.

Aku rasa jerawat aku membiak dengan suka hati mak bapak dia sebab aku ni memandai-mandai buat rawatan resdung sendiri.Yang jenis asap-asap,maybe asap dari benda alah itu telah mengaktifkan jerawat gue.Cehhhh sangat.

Aku memang sekali sahaja pergi Klinik Dr Dharan tu,memang malas nak makan ubat.
Aku bertahan dengan rawatan itu maybe tak sampai sebulan aku pakai krim dr dharan itu.

Cara aku mengawal jerawat,mengawal sahaja.Muka aku tak 100 percent elok,dari jauh macam bersih.
Tapi kalau dekat...malas nak cerita.Tapi aku bersyukur,tak lah seteruk masa macam pertengahan tahun hari tu.

Cara-cara aku mengawal jerawat :

Cuci muka mengunakan Cetaphil

Pastikan korang sebelum cuci muka tu bersihkan segala kotoran di muka guna tisu,termasuk eye liner dan     sebagainya.Lepas tu cuci tangan korang bersih-bersih dulu,lepas tu baru lah pegang muka korang yang
cun tu.

boleh dibeli di farmasi berdekatan anda,aku pakai yg for normal skin.Harga aroun RM29 mcm tu kot

Pakai serum safi rania balqis

Serum ni memang aku bantai pakai je.Alhamdulilah serasi bersama dan sesuai di muka ahkak.

beli kat farmasi berdekatan anda juga..harga kadng2 RM19,kadang2 RM21

Pakai krim kecantikan safi rania balqis

Pakai selepas pakai serum.Aku memang tak pakai krim siang atau krim malam safi.
Aku memang pakai krim kecantikan setiap kali nak keluar rumah.Memang best effect dia.
Muka macam bersih suci je gaya ye.
RM 7 je kot..pakai dari bulan 10 tak asbi-abis lagi

Untuk pengetahuan korang,masa jerawat aku tengah berkobar-kobar keluar dulu,
Aku selalu pakai masker buatan sendiri iaitu campuran madu dan serbuk kayu manis.
Mula-mula pakai memang pedih,tapi rasa best sebab kita rasa macam pedih tu bunuh jerawat-jerawat kita tu.Permainan otak semua itu ye.

So,aku share gambar sebelum and selepas.Tidaklah clear jerawat aku tapi berkurang ye kawan-kawan.

pipi kanan beberapa bulan yang lepas
           
pipi kanan pada hari ini

        
pipi kiri ku beberapa bulan yang lepas


pipi kiri ku pada hari ini
Hah..itu dia perubahan yang aku alami setakat ini selepas pakai safi.
Aku pun terkejut tengok perbezaan muka aku tu.
Sangat bersyukur kepada Allah S.W.T,ada perubahan yang positif di muka aku ni.

Harap entry ini akan dapat membantu kalian.

Wednesday, December 4, 2013

Aku tak pandai masak kari

Hello people...(intonasi dan gaya macam lecturer BEL time kat Uitm Pilah dulu).
Tajuk macam haram,macam pandai sangat masak benda lain kan.

Tapi tahap serius aku memang tak pandai masak kari.
Tetap 20 percent tak jadi pun macam kari ibu aku atau kari mak mertua aku.
Penat aku google,tapiiiiiiiiiii tetap kureng.

Takde lah tahap tak sedap nak makan.
Suami aku kata ok je,berani ke dia nak cakap tak sedap pulak kan.hahaha

kari pucat bukan pujaan hati


Korang tengok pucat lesi je kari aku tu.
Aku ni semua barang masuk dalam bekas.Dengan yakin ye aku ingat benda tu serbuk kari.
Time campur air nak jadikan paste baru aku sedar rupe ye serbuk cili.
Terus minta tolong Hazwan pergi kedai.
Aku cakap belilah rempah kari ikan,tak kisah lah brand apa.Babas ke aligapas ke.
Sekali kauuu...aku memang dah agak ini akan terjadi.
Takpe at least tak salah beli.


Sekali 4 paket dia beli.
Aku ni masak kari pun semenjak kahwin ni adalah baru kali kedua je kot.
Gaya dah macam rumah mamak.
Nasib pack kecik,kalau besar aku suruh Hazwan pergi jual kat kedai tu balik.


Kalau benda berlemak kena lah ada lawannya kan.
Hah..yang ni ahkak dah teror.Sambal sotong.
Ini serius tak mengecewakan jiwa dan tekak ahkak dan suami.




Monday, December 2, 2013

Cerita Rabu hingga Ahad

Salam Isnin..sejuk hari ini,dari pagi sampai tengahari cuaca mendung je.
Mari kita mulakan cerita aku yang tak seberapa ni.

Hari Rabu lepas aku masak beria sikit,bukan beria apa pun.Masak asam pedas je.
Sebab apa aku kata beria,lepas masak tu memang kena beria-ria lah megemas.
So menu malam tu asam pedas ikan tenggiri dan sayur kacang bersama sotong.



Hambik kau..asam pedas tu pekat sikit sebab time masak tu gas habis.
Hazwan terus pergi tukar gas,tapi aku ni semua benda nak express,by the time gas sampai aku pun dah siap mencuci kuali asam pedas tu.

Esok pagi Hari Khamis tu aku panaskan tambah air,terus jadi asam pedas melaka.Merveles.
Hari Khamis tu tak masak pun sebab mertua ahkak ajak dinner di rumah mereka.
Tapi sebab petang tu kebeloq sangat aku pun meajinkan diri bikin sandwich.


Jadilah pengalas perut kan.Lepas tu mertua saya yang baik hati siap tapaukan musang king.
Owhhh sweet ye mereka.

Hari Jumaat malam tu ajak anak saudara aku (anak kakak sepupu aku) pergi round2 pasar Kuala Kubu.
Hazwan tak join sebab terkandas dalam kesesakan jalan raya.
Aku dapat beli harga palazo pants yang bercorak tu dan kain jenis lycra,10 hinggittt je mak enon.
Ke memnag harga dia semurah itu..entah ni first time beli.


Ini lah anak saudara yang paling sulung dan cucu cicit kelurga mat judin yang pertama sekali kauuu.
Budak ni umur baru 16,badan macam umur 61.
Aku kata aku nak belanja dia makan,bagus budak ni nak lepak mamak je makan maggi goreng.
Itu tengah menjamah aiskrim gua,aku suruh beli kau taknak.
Mesti time aku beli tu dalam perasaan dia ni mesti dia memperlekehkan aiskrim makcik tu.Sekali ko sedap kot.
Terus lepas tu aku belikan untuk Haiqell.Lupa nak bagitau nama budak di atas ni Haiqell.
Sila lah beli aiskrim makcik ni,aku panggil aiskrim dia aiskrim mamam.
Sebab kalau beli guna cup mesti dia tanya,nak tutup ke atau nak maman?
alolooooololo cute ye makcik ni.

Terus ke hari Sabtu,aku dan suami attend kenduri cousin aku di Mentakab,Pahang
Aku bawak sekali keluarga mertua aku.
Hari sabtu perjalanan kami ditemani hujan sepajang perjalanan dari Antara Gapi sampai Mentakab.
Nasib kenduri kat dewan.

Gambar pegantin ilekkk,dalam phone Hazwan adalah kot.


Budak ni merajuk sebab aku sibuk ke hulu ke hilir..So merajuk duduk kat tangga.
Perkenalkan Adib nama si kecik ini.



Ini jelaa gambar aku yang ada,sambil duduk mencangkung.Kelass kau jah.
Orang attend kenduri ambik gambar dengan pegantin ke,dekat pelaim ke.
Aku gambar mecangkung ni je yang ada.Syabas.

Settle kenduri aku ajak dorang round Temerloh.
Pak mertua aku pekena ikan patin,aku memang tak makan lah ikan sungai.
Lepas makan ikan patin terus makan durian pulak.Kat sini musang king murah jugak RM18 sekilo.


Ini jelaa satu-satu ye gambar yang ada.
Bukan aku sahaja mengsabotaj pak mertua aku tengah nganga nak ngap durian.


Hah..yang kat atas ni Ibu dan Ayah ahkakkkk.Sedondon hari tu semangat beli sekodi kain..ehhh.

Itu jelaa cerita saya..hari ahad melepak di rumah sahaja.
Pergi makan luar sahaja,tiada adegan masak-memasak.
Ok..sekian.