Wednesday, September 25, 2013

Kasut dan pegertiannya..



Kasut ini adalah faveret..sgt selesa.Pakai dgn semua baju memang ngam..nak berkurung ok,nak berkebaya ok..nak berseluar pun lagi ngam.Ini lah dah nak masuk zaman aci-aci bukak pintu,tak lalu dah pakai wedges..so kita kena cari kaler yang ceria supaya kita nampak muda dan stylo.




Ini kasut adik aku,tapi aku ada satu mcm ni..lebih kurang jugak design ni.Tapi boleh kira berapa kali aku pakai,dah 2 tahun tak payah beli kasut raya.Pakai je kasut mcm ni..sakittt kot kaki pakai,elok kalau pergi wedding pakai kasut mcm ni..tapi kalau berjalan atas tanah atau batu memang rasa nak mencarut pakai kasut mcm ni.Jenis kasut mcm ni aku boleh tahan pakai sejam sahaja.Lepas tu tukar kasut lain..



Ini kasut zaman aku remaja gituuuu.Tapi aku tak suka sgt kasut mcm ni,tapi kasut mcm ni selesa.Aku dulu suka pakai converse yg mcm kasut sekolah tu.Ini konon-konon nak jadi gegirl lah sikit...sekejap je bertahan,lepas tu adik aku pinjam lamaaa ( maksud ye pinjam tak kembali lagi ).

Ok...sekian


Monday, September 23, 2013

Penyejuk tekak

Hai kekawan..apa macam weekend korang.Aku balik kampung aku di Sabak Bernam lorrr.Balik kampung mestilah best kan...

Hari sabtu saja lepak-lepak dgn family dekat Mamawi cafe Sungai Besar,kedai feveret ayah aku..yang lagi feveret sebab ayah belanja..hehe.Makanan dia boleh tahan,ada yang sedap dan ada yang biasa-biasa saje.

Tapi yang ini mereka wajib order.....



ABC aiskrim atas 

Itu je nak cerita..k byeee

Wednesday, September 18, 2013

Makan..makan..makan

Marilah kita story morryyy pasal makan.Cuti malaysia day hari tu tak ke mana..merehatkan diri di rumah sahaja.So hari jumaat lepas kerja terus ke rumah mertua,lama tak menjejak kaki ke rumah mertua.Minum petang,makan jagung sebatang dan juga cekodok pisang sambil disulami air teh.Nyamannnn...

Lepas magrib terus balik rumah sendiri,tapi melencong pulak ke pekan Ligamas Batang Kali,tekak ahkak teringin nak makan durian.Dekat melayu depan Kedai Sepakat tu takde pulak musang king,takpelah kita beli je D24 sebijik...hati tak puas lagi sebab dari last week tak dapat musang king,round pulak ke ulu yam..nampak uncle cina,tinggal sebijikkkkk je musang king.

Tanya sekilo bapa...lepas tu ambik ko sekilo Rm25,cakap dekat tauke tu hari tu Rm20 je.Tauke tu cakap naik harga lorrr sebab minyak naik.Pitammmm....durian nak naik harga gak (yolaa..lori pakai minyak gak kan).Suruh uncle tu timbang,dia bagi Rm45...tawar-menawar dapat lah Rm40.Rasa mcm membazir sikit tapi tetap beli sebab teringin kotttt...Balik rumah terus makan durian,start musang king dulu.Selalu orang akan start yg grade durian paling bawah dulu,yang sedap paling last.Tapi aku laki bini lain,sebab takot tak larat..yg D24 tu boleh buat serawa durian kalau tak larat.Tapi takde makna ye tak larat..licin kitaorang bantai,hantu durian merasuk badan kot malam tu.

duyiyannn..tekak teringin lagi ni

Hari sabtu melepak je di rumah,nak keluar makan pun malas.So lets kita masak je apa yang ada,telur ada..sawi pun ada sikit.Tapi banyak yang dah layu,kena pilih-pilih.So terjadilah masakan sambal telur pecah dan sup sayur sawi.Kebabooomm sangat,hari-hari asyik meyiammm je..maksud saya adalah makan kedai siam je.Sekali sekala masak rasa wow sedap ye aku masak...hahaha.Perah santan di situuuu.

Sambal telur pecah

Semalam keluar makan..kedai ni area kedai Rm2 dekat Ligamas Batang Kali..sebaris.Aku lupa nama kedai dia...Asam laksa dia sedappp tapi kuah dia pekat sikit macam laksa biasa tu.Asam laksa kan selalu kan macam cair-cair sikit,tapi yang penting tetap licin kata kamuuuu...

Asam laksa

Ok itu je entry yang tak berfaedah sangat di petang hari ini.Sekiannnnn





Perkembangan JERAWAT

Selamat hari rabu...tolonglah cepat hari jumaat,hehe.

Ini konon-konon ye update sambungan entry jerawat.Untuk pengetahuan korang semua,aku tak teruskan check up dekat klinik Dharan tu.Bukan apa,keadaan yang agak busy ditambahkan lagi dengan rasa kemalasan nak makan ubat tu.Aku memang takut dan tak suka makan ubat.Tapi ubat yang doctor bagi hari tu aku ada makan tapi aku makan tak abis lorrrr.Alhamdulilah ada lah jugak ubat tu membantu serba sedikit.Jerawat semakin surutttt...

Kepada yang rajin..aku sarankan korang pergi lah ke klinik tersebut.Sekarang ni aku gatal tangan...lalu aku sekarang sedang try pakai safi balqis,yang kaler biru tu.Aku pakai serum dan juga krim kecantikan dia.Alhamdulilah dalam tempoh 2 minggu ni jerawat tak naik mengilaaa..dorang cool je,naik lah sikit sebab mungkin aku nak period kottttt.

comel tak kak ton..(mesti korang jawab tak comel pun ..hehe)

Itu lah picture ter latest aku,malu aku nak upload picture sendiri.Tapi demi korang,aku gagahkan ambik gambar sendiri lalu terupload di sini.Ok lah tu kan,muka takdelah licin lalu suci mulus,at least jerawat tu nampaklah surut..dan aku harap keluarga jerawat itu akan berlalu pergi meninggalkan muka aku.

Itu sahaja laporan saya mengenai jerawat..kembali semula membuat kerja opis,Tapi sebelum itu,ayuh kita megopiiii yokkk.Sekian...


Sunday, September 15, 2013

Astro bagi siaran free

Astro bagi siaran free semua channel kecuali channel HD.Free ni pun sebab dorang tgh upgrade system dorang...namoo je upgrade tapi time ujan sikit dah k.o

selamat menontonnnnnnn

Friday, September 13, 2013

Aktiviti lunch break di hari JUMAAT

Hi semua...seronok ye hari ni dah jumaat,hari isnin minggu depan cuti pulak tuuuuu.i loikeeee.Ni aku nak cerita sikit aktiviti hari jumaat aku bersama-sama kawan-kawan opis aku.

1) Balik rumah
    Ni sekali je aku pernah buat sepanjang aku kerja..sebab perjalanan nak balik rumah aku je dah hanpir 25 
    minit.Rugi masa atas jalan je aku nanti,kang masuk opis..tak sampai 2 jam dan time nak balik,rugi duit
    minyak jugak.

2) Tidur
Aktiviti ni semua orang suka buat...tapiiiii surau aku sentiasa penuh,asal hari jumaat je aku terpaksa tidur gaya udang...so aku tukar tidur kat dalam opis,tutup lampu semua..tapi sakit tengkuk pulak.Aishhh macam-macam.

3) TESCO RAWANG
Ini tiap-tiap minggu aku buat..dah rasa macam nak suruh tesco rawang tu amik kitaorang jadi model tesco dah.Rasa ye kalau aku jalan sambl tutup mata pun aku boleh sampai tesco tu..kedai dah hafal satu-satu.

4) CUCI KERETA
Dah comfirm-comfirm lah bukan aku yang cuci kereta..Aku hantar kat car wash lah ye adik-adik.Ini pun aku buat kalau aku dah bosan sgttt duduk dalam opis tu.Selalu ye sebab kawan-kawan aku taknak keluar ke mana-mana.So,aku rajinkan diri pergi cuci kereta,pakai pulak kereta colour hitam,memang senang lah nampak kotor.

5) AEON (JUSCO) RAWANG
Aktiviti terbaru aku dan geng ni..InsyAllah hari ni nak pergi lagi.Boleh lah cuci-cuci mata,sambil rembat sehelai baju.Tapi tulaa jalan jammed lah sikit kat area depan sekolah dekat lafarge tu.Jalan depan highway plus ngn NSK rawang tu entah tahun bila nak siap.Dari zaman aku bercinta sampai lah kawin,tak siap-siap lagi.Mungkin dorang tunggu aku beranak lerrr tu.Nak ikut highway,macam merepek je aku nak berpusing-pusing tawaf highway tu.
    

So..itu saja aktiviti saya,zaman aci-aci bukak pintu dah gaya ye aku ni.Ada cadangan tak selain benda di atas yang boleh aku buat??korang jangan merepek nak suruh aku pergi sembahyang jumaat pulak ye..hehe.Ok sekiannnnn

Thursday, September 12, 2013

Hospital sehingggittt satu !!!!

Al kisah ye semalam..aku dan Hazwan ke hospital selayang.Suami aku iaitu hazwan..hazwan iaitu suami aku..hehe,pergi check up kat klinik pakar ortopedik.

Meh nak story sikit..Hazwan ni aksiden lama dahhhhhhhhhh,akhir tahun 2008 ke 2009 (entah lupa..time tu tak cintan cintun lagi,kawan je baru).So kerana aksiden itu peha kanan beliau ada besi.So masalah ye sekarang kaki beliau asyik sakittttttt memanjanggggg....

So refer lah ke hospital selayang,alhamdulilah dah x-ray 2 kali dan ambik darah semua ye ok.Elok takdokk apa,tulang pun dah elok cantum tapi besi itu kena kekal.Ok,tamat cerita pasal Hazwan.

Berbalik kepada hospital sehinggitttt ni...mesti ada mcm2 ragam kan.Biasalah orang kita memang byk komplem..dah tentu2 ko bayar sehinggitttt mesti lah lama menunggu walaupun ko dah buat appointment 20 tahun lepas.Ko tak tgk ke kat depan meja pendaftaran tu dorang dah siap-siap print 900 pesakit hari ini..ada pahammm?itu lah orang kita..malas nak baca-baca benda yang perlu ni.


Lenguh gak bontot menunggu..tapi takpelah at least tunggu dalam bangunan,ada air cond walaupun suam2 kuku dah rasa ye sebab byk org ca ya nun alif yg dtg tak mandi pagi...rambut nampak sgt kenjunggg ye sebab tak mandi pagi,byk haba dikeluarkan..hahaha.

itu gambar besi...

doctor tolong zoomkan
Baik hati betul doctor tu tolongkan ambik picture gambar x-ray ni..mula-mula gaya doktor tu macam poyo,rupa ye very the baikkk wa cakap lu.So besi kena kekal,so tak boleh lah kita jual timbang kati ye sayang.hehehe.Terima kasih hospital sehinggitttt..


Tuesday, September 10, 2013

Musim orang kahwin

Baru je berlalu musim raya..sekarang bertukar musim orang kahwin lah pulak kan.So,hari ahad hari tu ke kenduri kendara lah kita...kawan kepada Hazwan.

Aku gagahkan diri pergi kenduri kawan suami aku ni sebab kawan dia ni baikkk kot.Ingat dulu time aku laki bini study kat shah alam,selalu lah jugak lepak dengan mamat yang kahwin ni.Setiap kali lepak mesti dia yang belanja..sebab dia cakap dia dah kerja and kitaorang laki bini ni masih student lagi.Owhhh terharuuu...

Lauk kenduri...yummy

Ada lagi lauk lain...dedaging and acar.Tapi aku makan benda atas tu je.Makanan sgttt ok and deco dewan tu pun cantik..tapi gambar ilekkkk lah,sebab aku malu nak ambik pic.Sayang ye kitaorang tak sempat nak tunggu pegantin sebab kitaorang dtg kenduri ni awal sgttt...Nak lepak lama2 pun macam tak sesuai sebab ruang dewan yang agak limited.

goodies yg diterima
Kenduri ni dekat dewan berlian di wisma LJN di taman melawati kott..aku pun tak berapa ingat.Balik je dari kenduri kitaorang terus balik Antara Gapi.Keluarga mertua aku ada kenduri dekat area rumah aku.Aku pun pada mulanya nak join..ikut lah masuk sekali rumah orang tu,tapi last2 aku patah balik sebab sgt packkk khemah dia..so aku round dengan en suami...lepas tu patah balik ambik keluarga mertua aku.Settle..lagi pun perut kenyang lagi..hehe

Itu jelaa cerita hari minggu saya yang tak seberapa...Minggu akan datang ni lagi banyak kenduri,kebanyakan kawan sekolah,so kena balik Sabak Bernam....akannnn tetapi suami aku kena pindah office baru.Macam tak berkesempatan je nak balik kampung minggu ni..Tapi apa pun kita merancang,Allah swt yang menentukan..hehe.

Ok...bye,nak sambung buat kerja.

Thursday, September 5, 2013

Cuaca yang indah

Gituuuu..ciptaan Allah swt memang indah kan,tak kesah lah cuaca kita panas ke,hujan ke..semua benda itu pasti member manfaat kepada kita kalau kita sentiasa berfikir dari sudut positif.Aku  rasa sudut positif ni mungkin 90 darjah..ok tak kelakar kan.

Minggu ni badan aku menunjukkan tanda-tanda beliau inginkan rehatttttttt...dushhhh jangan mengada-gada,korrrje tengah banyak ni.Kejap hidung sumbat,kang kejap hidung kembali normal tapi tetap kemek lah.hehe.Kang pagi rasa macam demam,kang tenghari kembali ceria.

Layankan jelaa..kalau tak larat,nanti aku seret lah kaki ke klinik,buat masa sekarang ahkak masih kuat.Kalau tak larat esok kitaaaaaaaaaaa MC.Yahuuuuuuu.com