Friday, September 13, 2013

Aktiviti lunch break di hari JUMAAT

Hi semua...seronok ye hari ni dah jumaat,hari isnin minggu depan cuti pulak tuuuuu.i loikeeee.Ni aku nak cerita sikit aktiviti hari jumaat aku bersama-sama kawan-kawan opis aku.

1) Balik rumah
    Ni sekali je aku pernah buat sepanjang aku kerja..sebab perjalanan nak balik rumah aku je dah hanpir 25 
    minit.Rugi masa atas jalan je aku nanti,kang masuk opis..tak sampai 2 jam dan time nak balik,rugi duit
    minyak jugak.

2) Tidur
Aktiviti ni semua orang suka buat...tapiiiii surau aku sentiasa penuh,asal hari jumaat je aku terpaksa tidur gaya udang...so aku tukar tidur kat dalam opis,tutup lampu semua..tapi sakit tengkuk pulak.Aishhh macam-macam.

3) TESCO RAWANG
Ini tiap-tiap minggu aku buat..dah rasa macam nak suruh tesco rawang tu amik kitaorang jadi model tesco dah.Rasa ye kalau aku jalan sambl tutup mata pun aku boleh sampai tesco tu..kedai dah hafal satu-satu.

4) CUCI KERETA
Dah comfirm-comfirm lah bukan aku yang cuci kereta..Aku hantar kat car wash lah ye adik-adik.Ini pun aku buat kalau aku dah bosan sgttt duduk dalam opis tu.Selalu ye sebab kawan-kawan aku taknak keluar ke mana-mana.So,aku rajinkan diri pergi cuci kereta,pakai pulak kereta colour hitam,memang senang lah nampak kotor.

5) AEON (JUSCO) RAWANG
Aktiviti terbaru aku dan geng ni..InsyAllah hari ni nak pergi lagi.Boleh lah cuci-cuci mata,sambil rembat sehelai baju.Tapi tulaa jalan jammed lah sikit kat area depan sekolah dekat lafarge tu.Jalan depan highway plus ngn NSK rawang tu entah tahun bila nak siap.Dari zaman aku bercinta sampai lah kawin,tak siap-siap lagi.Mungkin dorang tunggu aku beranak lerrr tu.Nak ikut highway,macam merepek je aku nak berpusing-pusing tawaf highway tu.
    

So..itu saja aktiviti saya,zaman aci-aci bukak pintu dah gaya ye aku ni.Ada cadangan tak selain benda di atas yang boleh aku buat??korang jangan merepek nak suruh aku pergi sembahyang jumaat pulak ye..hehe.Ok sekiannnnn