Pagi-pagi lagi aku dah nak bebel-bebel kat sini,nampak sangat aku tak berapa nak ada kerja hari ni.
Semalam petang misi mencari petai telah berjaya di laksanakan.
Tapi sebelum tu lalu kat area Hulu Yam tu,time bagi signal nak ke Batang Kali,tiba-tiba teringat kat mee
hailam yang enak tu.Apa lagi moh lah kita singgah.
mee hailam hulu yam |
Mee hailam akak ni memang marveles,kedai dia betul-betul berdepan klinik kesihatan Hulu Yam.
Kedai akak ni best..siap ada meja orang meeting tu.Boleh lah buat mesyuarat kat kedai ni nanti.
So,selepas itu misi di teruskan.Teringat dah nak dekat sebulan hantar toto 2 ketul pergi dobi.
So ambik toto,terlalu pulak kat kedai RM2..dah ahkak terpaksa singgah demi memastikan ekonomi
kedai RM2 sentiasa berkembang.gituuuu.
Misi mencari petai di teruskan,dari nak beli petai teringat pulak misi nak masak kari ala mamak gitu.
Kang 40 juta kali pulak nak pergi kedai.Beli lah apa yang patut kan.
sayur-sayuran tempatan |
Total semua tu RM12 ringgit je,murah kan.Kalau tolak harga petai tu,RM7 je untuk semua sayur tu.
Tapi petai tu main course aku tu,kang tak berselera nak makan nasi.Aku beli sayur-sayur ni kat kedai
sayur yang betul-betul belakang Petronas Batang Kali tu.
So,misi terlaksana.Malam tu rasa nak masak nasi sebab geram tengok petai.Tapi ku tahankan jua niat itu.
Tapi akhirnya aku tewas,terpaksa jugak suruh encik suami bungkus nasi goreng kampun,tapi kitaorang share berdua je.Nama pun supper,makan pun dah pukul 11 malam,syiokkkk betul dapat makan petai.Terasa wow..wow sangat.
Ok,itu je nak cerita.Sekian.