Setiap Isnin dekat area rumah aku ada pasar malam yang tak berapa nak pasar.Ada 10 kedai je macam tu,jadilah dari takde langsung kan.Selalu aku tapau nasi tomato,jadi semalam aku lalu dengan penuh bangga siap bagi jelingan maut,hari ni aku taknak beli apa-apa kat pasar sebab aku nak masak.Nasib baik jelingan itu mendatangkan hasil,tiada sesen pun duit mengalir keluar,hanya keringat je mengalir keluar sebab gopoh-gopoh nak masak cepat.
Sebab kat rumah aku tu ada orang nak diet,nak makan sebelum pukul 7 kata beliau.Ok fineeee...saya sahut cabaran awak tu,so jengggg jenggg...inilah hasil ye
Udang goreng bersama sayur |
Aku goreng je udang tu campur dengan sayur sikit,tambah sikit sesudu sos tiram.Ok,done.Goreng seketul ikan.Ngamkan dengan cili potong dan bawang bersama kicap,tambah sikit cuka (sikit je tauuuu).
Makan pulak dengan nasi panas....wow,tengah-tengah makan teringat pulak kalau ada petai ni sure seperiuk nasi ni aku habiskan.Petang ni aku nak cari jugak petai..aku tak kira 123.
Sekian...