Monday, December 2, 2013

Cerita Rabu hingga Ahad

Salam Isnin..sejuk hari ini,dari pagi sampai tengahari cuaca mendung je.
Mari kita mulakan cerita aku yang tak seberapa ni.

Hari Rabu lepas aku masak beria sikit,bukan beria apa pun.Masak asam pedas je.
Sebab apa aku kata beria,lepas masak tu memang kena beria-ria lah megemas.
So menu malam tu asam pedas ikan tenggiri dan sayur kacang bersama sotong.



Hambik kau..asam pedas tu pekat sikit sebab time masak tu gas habis.
Hazwan terus pergi tukar gas,tapi aku ni semua benda nak express,by the time gas sampai aku pun dah siap mencuci kuali asam pedas tu.

Esok pagi Hari Khamis tu aku panaskan tambah air,terus jadi asam pedas melaka.Merveles.
Hari Khamis tu tak masak pun sebab mertua ahkak ajak dinner di rumah mereka.
Tapi sebab petang tu kebeloq sangat aku pun meajinkan diri bikin sandwich.


Jadilah pengalas perut kan.Lepas tu mertua saya yang baik hati siap tapaukan musang king.
Owhhh sweet ye mereka.

Hari Jumaat malam tu ajak anak saudara aku (anak kakak sepupu aku) pergi round2 pasar Kuala Kubu.
Hazwan tak join sebab terkandas dalam kesesakan jalan raya.
Aku dapat beli harga palazo pants yang bercorak tu dan kain jenis lycra,10 hinggittt je mak enon.
Ke memnag harga dia semurah itu..entah ni first time beli.


Ini lah anak saudara yang paling sulung dan cucu cicit kelurga mat judin yang pertama sekali kauuu.
Budak ni umur baru 16,badan macam umur 61.
Aku kata aku nak belanja dia makan,bagus budak ni nak lepak mamak je makan maggi goreng.
Itu tengah menjamah aiskrim gua,aku suruh beli kau taknak.
Mesti time aku beli tu dalam perasaan dia ni mesti dia memperlekehkan aiskrim makcik tu.Sekali ko sedap kot.
Terus lepas tu aku belikan untuk Haiqell.Lupa nak bagitau nama budak di atas ni Haiqell.
Sila lah beli aiskrim makcik ni,aku panggil aiskrim dia aiskrim mamam.
Sebab kalau beli guna cup mesti dia tanya,nak tutup ke atau nak maman?
alolooooololo cute ye makcik ni.

Terus ke hari Sabtu,aku dan suami attend kenduri cousin aku di Mentakab,Pahang
Aku bawak sekali keluarga mertua aku.
Hari sabtu perjalanan kami ditemani hujan sepajang perjalanan dari Antara Gapi sampai Mentakab.
Nasib kenduri kat dewan.

Gambar pegantin ilekkk,dalam phone Hazwan adalah kot.


Budak ni merajuk sebab aku sibuk ke hulu ke hilir..So merajuk duduk kat tangga.
Perkenalkan Adib nama si kecik ini.



Ini jelaa gambar aku yang ada,sambil duduk mencangkung.Kelass kau jah.
Orang attend kenduri ambik gambar dengan pegantin ke,dekat pelaim ke.
Aku gambar mecangkung ni je yang ada.Syabas.

Settle kenduri aku ajak dorang round Temerloh.
Pak mertua aku pekena ikan patin,aku memang tak makan lah ikan sungai.
Lepas makan ikan patin terus makan durian pulak.Kat sini musang king murah jugak RM18 sekilo.


Ini jelaa satu-satu ye gambar yang ada.
Bukan aku sahaja mengsabotaj pak mertua aku tengah nganga nak ngap durian.


Hah..yang kat atas ni Ibu dan Ayah ahkakkkk.Sedondon hari tu semangat beli sekodi kain..ehhh.

Itu jelaa cerita saya..hari ahad melepak di rumah sahaja.
Pergi makan luar sahaja,tiada adegan masak-memasak.
Ok..sekian.