Tempat yang telah biasa rakyat Malaysia kunjungi...tiada apa yang lain dan menarik ingin diceritakan.
Tujuan utama ke Kuching untuk melawat makcik yang sedang sakit di Hospital Umum Kuching.
Memandangkan kita tidak boleh berada 24 jam di hospital jadi mari kita selitkan sedikit agenda lain.
Trip kali ini sangat last minute perancangan...boleh dikatakan tidak merancang langsung.Seperti anda sedia maklum...tujuan utama untuk pergi melawat makcik yang sedang sakit.Tiket di tempah hanya 4 hari sebelum itu.Tapi Alhamdulilah harga tiket pergi balik hanya RM370.00 seorang dengan menaiki MAS Airlines.(senang naik MAS sebab makan,tax,luggage semua dah include dlm harga tersebut...tiada cas tersembunyi)
Kami hanya berada di Kuching selama 3 hari sahaja.So,aktiviti kami hanya di sekitar bandar Kuching sahaja.
|
sayu hati bila teringat MH370 |
|
Mee Kolok di Kopi O' Corner |
|
Laksa Serawak bumi kenyalang |
|
Sayur midin (lagi best dari paku pakis) |
|
Deretan kedai berhadapan waterfront |
Seawal pukul 8 pagi kami berjalan-jalan di sekitar waterfront. Menaiki sampan untuk ke seberang.membeli kek lapis di kedai mira kek lapis.
|
Suka dengan design rumah ni...nak satu please |
|
Terlajak laris pun tengah borong kek lapis |
Ok...itu je kesempatan yang ada.Waktu kejadian ke serawak ni bulan april 2014.