Al kisah nampak kat pasar udang kecik yang comel sepinggan besar RM5 je.Terus rasa nak mencucur.
Bahan-bahan :
Tepung
Udang (nak senang makan buang kulit)
Daun kucai
Sedikit garam
Sedikit soda bikarbonat
Air
Sukatan sila ikut suka...
Cara-cara memasak :
Campurkan semua bahan.Panaskan minyak...sudip pun rendam siap-siap dalam minyak panas.Ambil sesudu minyak panas dalam bancuhan cucur. (Nak bagi ranggup konon2)
Kalau nak sedap sos buat sendiri.Kalau malas guna sos cili botol tu.
Version aku...blend cili merah besar sikit, campur sos cili botol, cuka sikit, gula sikit...then masak.best jugak bila makan dengan cucur udang.
Selamat mencuba.