Friday, November 6, 2015

Kongsi Gambar Makanan

Salam Jumaat buat sahabat alam maya.
Hari ini  datang mood kerajinan nak menulis manaip sepatah dua kata.

Nak kata aku ni rajin masak,tak la jugak.
Nak kata malas,pun tak la jugak.
Yang sedang-sedang aje la kot.Berani nak mengaku diri sendiri malas,Hahaha

Lemang hari raya..pertama kali dalam sejarah buat lemang ni

Lunch durian di kedai  mamak
Aku memang hantu durian,tapi aku suka durian musang king.
Giler tak suka isi padat,sedap manis pahit segala mala ada rasa dia.
Kalau tak tak king la nama dia idak.
Ni time lunch kat Kuala Kubu Bharu,nampak pakcik tu jual dah siap pack tepi jalan.
Keluar suara jantan aku..Duriannnn.tak meyempat,memang aku makan ni jelaa time lunch.

Ikan tenggiri goreng
Ini memang lauk paling win dalam dunia.
Makan dengan nasi panas + kicap bawang cili potong,dan jangan dilupa timun jepun.
Perghhhh...terbaik.


Cream puff buatan tangan
Nanti aku share resepi cream puff.
Aku zaman dulu try makan cream puff masa meeting.
Mula-mula nak try macam takut sebab aku tak suka benda warna putih.
Sekali kau sedap lembut enak nak ma**8.
Lepas tu terus google resepi.Memang sedap resepi tu.
Aku blur la ramai sangat yang jual esp golongan M ni (sila paham-paham sendiri),buat main daaaannnn je,rasa ke laut,Kalau ada keyakinan nak meniaga tu,rasa yakin sila campur dengan rasa sedap ye.

Ayam Halia campak peti ais

Masakan one pot meal la kononnya,padahal malasssssss.
Senang semua campur,tinggal tak tengek kan peti ais atas dapur je.

Kari Ayam pertama kali

Serius pertama kali dalam hidup aku masak kari ayam.
Aku teringin nak makan kari ayam Ala Kelantan,dorang panggil gulai ayam.
Tapi area tempat aku ni mana la ada jual rempah kari kelantan.
So aku gabungkan kari selangor (ada ke kari selangor..haha) + kari kelantan punya style masak.
Hasilnya....sedap sekaliiiiiiii.
Nanti aku share resepi.Nanti tu tak tahu la bila,kalau rajin maybe kejap lagi.
Makan lauk kari ayam ni sedap kalau makan dengan sambal lada kelantan,Lenyek kan kentang usa tu dekat nasi,ambik sikit sambal lada dan suapkan dekat mulut anda..perggghhhhhh.

Perangatkan esok,makan dengan roti.Fuhh lima keping roti licin.Sedapppppp