Monday, May 23, 2016

Rindu Memasak Time Weekdays bersama Resepi Sotong Kicap Mudah

Hi.
Gigih sekarang mengupdate blog.

Nak cerita bab masak.
Selalunya time hari bekerja jarang lah aku nak memasak.
Tapi kalau tengah rajin,hari-hari aku nak masak.

Semalam teringin masakan rumah yang simple.
Singgah kedai runcit dekat area rumah.
Beli ikan kembung beso seekor.
Ambik jugak sotong sederhana beso 2 ekor.

Cukuplah untuk aku sorang makan.
Suami aku ada Majlis Bacaan Yasin dekat opis dia.
Kalau ikutkan lagi baik beli je makanan kan.
Yang nak makan aku sorang je.
Tapi sebab teringin punya pasal.
Ku gagahi onak duri ini.

Menu semalam mudah je.
Ikan goreng dengan sotong kicap.
Walaupun simple,fuhhh best rasa makanan sendiri.



Resepi Sotong Kicap Mudah(serius rasa mcm kedai siam)

2 ekor Sotong (saiz sebesar ikan kembung)
1/2 inci Halia
2 ulas Bawang Putih
1/2 Bawang Besar
1 Cili Merah
5 biji Cili Padi
1 biji Tomato

Sos Cili (aku pakai brand Heinz)
Kicap Manis (brand cap kipas udang)

Cara-cara :


- Potong sotong bentuk 'ring',letak kunyit dan garam secukup rasa
- Hiris halia,bawang putih,bawang besar,cili merah dan cili padi
- Tumis semua bahan yang di hiris
- Masukkan sotong,masak hingga air sotong sedikit kering
- Masukkan sos cili dan kicap manis,masakkan lagi lebih kurang 2 minit
- Masukkan tomato,siap


 





Jeng jeng senang kan.
5 minit sekejapan je siap masak satu hidangan.
Terasa seperti superhero.Pantas sap sap suiiii.






Makan sotong kicap,ikan goreng ranggup krap krup krap.
Makan dengan nasi panas dengan ulam timun.
Terbaikkkkkk.

Ini kalau time sahur menu ni sesuai sangat ni.
Malam sebelum tido,siapkan semua bahan-bahan.
Bangun je tidur terus tumis je.
10 minit siap terhidang.
Lepas sahur,kemas dapur,kemas rumah apa yang patut.
Mandi terus solat Subuh.

Ok,adios.Sehingga ketemu lagi.




Friday, May 20, 2016

Resepi Ayam Kicap Mudah Sepantas ABC



Yesss...Jumaat kini tiba lagi.
Esok cuti,hep hep hoorayyyy.

Kali ni nak share resepi ayam masak kicap.
Senang sesangat, dan pantas sesangat.
Dapat resepi dari facebook.
(sorry tuan empunya tak bagi kredit sebab dah lupa nama fb awak)


Bahan-bahan :

Ayam (goreng dahulu)
Cili padi
Cili merah
Bawang putih
Halia
Bawang besar
Sos cili
Kicap Manis

Cara-cara :


  • Macam biasa ayam goreng dahulu.
  • Lepas tu segala bahan tu (kecuali sos dgn kicap) receh je (potong) ,tiada proses menumbuk atau    blender diperlukan.
  • (so bagus sebab tak payah susah-susah nak mencuci lesung atau blender ) ko nak jugak jadi point so lantak laa..korang skip bab ni..haha
  • Ambil kuali,panaskan minyak..eh lupa pulak nak bukak api
  • Minyak agak-agak,masukkan je semua benda ala yang teleh di receh jelita.
  • Tumis sederhana garing,masukkan sos cili dan kicap
  • Last sekali masukkan ayam
  • Rasa sikit kuah,selalunya tak payah dah garam sebab kicap dan sos dah cukup rasa.Time goreng ayam pun dah letak garam.
  • Ok siapppppp..makan dengan nasi panas bersama timun jepun.Enakkkk.



Mintak maaf laa resepi ni semua bahan main agak-agak.
Nak masak ni kena yakin je mengikut hati anda.
Masa masak kacau-kacau tu selawat dan ikhlaskan hati,
InsyAllah menjadi la sedap masakan anda.

Ni time sahur sesuai sangat menu ni.
Ok kita sudahi entry ni dengan bukti hasil masakan gue.
Persembahkannnnnn





Thursday, May 19, 2016

Kursus di Cherating (Pengalaman menginap di The Legend Cherating Beach Resort)

Kursus yang pertama untuk tahun 2016.
Jom kita ke Cherating, Pahang.

Kali ni menginap di The Legend Cherating Beach Resort.
Ok skip cerita bab kurusu.
Kita cerita pasal The Legend Cherating Beach Resort.
Tempat yang amat berbaloi untuk merehatkan diri.

Nak ke Cherating ni bukan la jauh sangat kan.
Lepas tu banyak pulak tempat makan best-best.
Cakap je nak makan apa,sediakan ongkos je.
Nak pergi Kuantan pun dekat je.

                                                                                                         












Cantik kan permandangan pantai,
Ni kawasan pantai dekat area Resort.Tengok gambar ni rindu nak berlepak-lepak tepi pantai sambil angin pantai menerpa ke muka..Gituuuuu


































Lagi satu aku rasa resort ni tambak lagi pasir dekat area pantai ni.
Sebab pasir pantai dekat area resort ni putih dan halus.Dan yang penting bersih.








Kerusi ni pun banyak disediakan , tak payah nak berebut-rebut.Dekat sini aku lepak ,rasa nak terlelap.
Owhhh aku rinduuuuu,,,nak bermalasan di tepi pantai.









Lagi satu tarikan,buaian ni.
Seronok duduk berbuai,lagi best bila lepak waktu malam sambil tengok bintang.
Sambil berbuai nyanyi nak kahwin dengan anak raja.haha.
Sayangnya buaian ni ada 2 ketul je.
So,konsep berebut perlu dilaksanakan.






Gambar ni aku 'tangkap' waktu pagi 7 lebih macam tu.
Ni kawasan dekat pool.
Eh..eh macam sama gambar dekat atas tuuuuuu.


Part yang paling heaven buat kanak-kanak riang.
Pool dia memang best,sebab luas.Seronok budak-budak nak berendam.
Pool pulak bukak sampai pukul 9 atau 10 malam.
Yang belakang batu pun ada pool jugak tapi kaler hijau means untuk orang yang pakai swimming suit je.Yang biru dia tak kesah,Pakai jelaa apa yang sesuai untuk mandi,




Memang aku suka ambik gambar kaki dan kasut.

Perkenalkan Mary Jane bersama ikan paus pink.

-
-
-
-
-
-
-
-


Ok kena jauhkan sikit dari gambar kaki sebab aku nak tunjuk gambar makanan pulak.
Time ni bos besar belanja makan.
Rasa macam kucing petang tu sebab aku ratah ikan kembung je 3 ekor.

Kitaorang makan dekat area Chukai, Terengganu.
Lebih kurang 20 minit je dari Resort.





Macam-macam makanan ada.
Ada pais (aku tak makan.dia mcm bentuk otak-otak)...ada bermacam jenis pais.Kerang,ikan etc.
Ada keropok lekor ,sotong goreng,satar (pun aku tak makan).


Ok tamat cerita.
Untuk makluman semua gambar di atas telah di filter mengunakan apps Candy camera.
So gambar jadi terlebih cantik,nanti ada yang refer gambar aku cakap aku menipu,dalam gambar je nampak cantik.Tapi pantai ni serius cantik.

Sekian.
















Wednesday, May 18, 2016

Tips Dapur Sentiasa Bersih Sebelum,Semasa dan Selepas Memasak

Dapur merupakan tempat paling penting bagi sebuah rumah.Ok teiba-tiba rasa penulis majalah pulak.Gituuu.
Bagi aku nak tengok tahap kebersihan rumah seseorang sila la lihat sinki dapur beliau.Kalau sinki berkeladak,maka berkeladak la keseluruhan rumah beliau.


Contoh dapur (dari website ikea)
Antara perkara yang aku amalkan:

-  Setiap kali nak topup barang basah / groceries pastikan dapur bersih tip top dulu antaranya ilah   bersihkan peti ais dulu,lap kabinet tempat menyimpan segala barang.Jadi lepas je penat balik dari shopping groceries kita boleh susun segala barang dengan senang hati.

- Barang-barang basah seperti ikan disimpan dalam bekas atau plastik mengikut saiz hidangan yang hendak dimasak.Ia bukan sahaja memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja memasak pada masa akan datang tetapi peti ais akan sentiasa nampak kemas dan teratur.



       Semasa proses memasak :
  • Keluarkan barang basah,masukkan ikan dalam bekas dan alirkan dengan air paip yang mengalir dalam sinki.
  • Sambil tunggu ikan dalam sinki tu 'lembut',kita kupas segala bawang dan juga sayur-sayuran.
  • Masak nasi,jangan lupa ambil air basuhan beras.Boleh digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.
  • Kemas hasil sisa potongan bawang dan sayur,lebih mudah setiap kali potong masukkan terus sisa kulit bawang ke dalam tong sampah.
  • Mulakan kerja memasak,sambil tunggu minyak panas boleh la mencuci segala bekas dalam sinki.
  • Selesai sahaja memasak terus kemas segala bekas yang digunakan,clearkan sinki dengan mencuci semua bekas,lap dapur dan seteusnya sapu dan mop lantai dapur.



Jika kita istiqomah meneruskan kerja-kerja pembersihan pasti rumah kita akan sentiasa bersih.







  

Thursday, February 4, 2016

Jerawat

Hari ini ada kelapangan nak share cara meyelesaikan/membasmi masalah jerawat.
Aku tengok orang masuk blog ni sebab entry jerawat.
So here we go perkembagan jerawat terkini di tahun 2016.

Untuk maklumam semua,aku pergi Klinik Dharan tu sekali,di ulangi sekali sahaja.
Treatment setakat itu sahaja,tak pernah diteruskan.

Aku dah pakai pelbagai produk,so aku listkan di bawah ye :

1) Safi - 
    Ok pada permulaan beberapa bulan tetapi akhirnya kecundang jugak

2) BodyShop - 
    Khas untuk jerawat,nampak kesan tetapi agak slow.Dalam 4 bulan jugak ambik masa.
    Jerawat tak sepenuhnya pulih tapi muka sedikit kusam

3) Glow Glowing - 
     Start awal tahun 2016,dah masuk box ke 2.
     Ada kesan positif.Jerawat kurang,muka makin bersih.


Aku share cara aku mengurangkan masalah jerawat aku :

1) Pagi cuci muka dan krim produk Glow Glowing.
    Lepas tu aku mekap macam biasa iaitu pakai foundation dan bedak MAC.

2)Tengahari nak solat,make sure pakai make up remover lepas tu cuci muka pakai Nivea yang khas         untuk make up tu (lupa pulak nama penuh)

3)Malam,pakai toner dan krim malam produk Glow Glowing