Wednesday, May 18, 2016

Tips Dapur Sentiasa Bersih Sebelum,Semasa dan Selepas Memasak

Dapur merupakan tempat paling penting bagi sebuah rumah.Ok teiba-tiba rasa penulis majalah pulak.Gituuu.
Bagi aku nak tengok tahap kebersihan rumah seseorang sila la lihat sinki dapur beliau.Kalau sinki berkeladak,maka berkeladak la keseluruhan rumah beliau.


Contoh dapur (dari website ikea)
Antara perkara yang aku amalkan:

-  Setiap kali nak topup barang basah / groceries pastikan dapur bersih tip top dulu antaranya ilah   bersihkan peti ais dulu,lap kabinet tempat menyimpan segala barang.Jadi lepas je penat balik dari shopping groceries kita boleh susun segala barang dengan senang hati.

- Barang-barang basah seperti ikan disimpan dalam bekas atau plastik mengikut saiz hidangan yang hendak dimasak.Ia bukan sahaja memudahkan dan mempercepatkan kerja-kerja memasak pada masa akan datang tetapi peti ais akan sentiasa nampak kemas dan teratur.



       Semasa proses memasak :
  • Keluarkan barang basah,masukkan ikan dalam bekas dan alirkan dengan air paip yang mengalir dalam sinki.
  • Sambil tunggu ikan dalam sinki tu 'lembut',kita kupas segala bawang dan juga sayur-sayuran.
  • Masak nasi,jangan lupa ambil air basuhan beras.Boleh digunakan untuk menghilangkan hanyir ikan.
  • Kemas hasil sisa potongan bawang dan sayur,lebih mudah setiap kali potong masukkan terus sisa kulit bawang ke dalam tong sampah.
  • Mulakan kerja memasak,sambil tunggu minyak panas boleh la mencuci segala bekas dalam sinki.
  • Selesai sahaja memasak terus kemas segala bekas yang digunakan,clearkan sinki dengan mencuci semua bekas,lap dapur dan seteusnya sapu dan mop lantai dapur.



Jika kita istiqomah meneruskan kerja-kerja pembersihan pasti rumah kita akan sentiasa bersih.