Thursday, November 21, 2013

Masak Mee Suah

Hai..selamat hari khamis kawan-kawan alam maya sekalian.
Aku nak story sikit pasal mee suah..hari tu teringin masak mee suah.Kebanyakan kawan opis aku tak tau pun pasal kewujudan mee suah ni termasuk lah suami aku jugak.

Tapi nasib baik suami aku ni boleh bedal je semua masakan kecuali masak kurma,fobia makan lauk kurma time duduk hostel dulu katanya.Ingatkan cerita pasal masak kurma pun dia boleh muntah.So,senang..tak payah belajar cara masak kurma sebab aku pun tak minat sangat masak kurma sebab time zaman sekolah dulu jemu kot time lunch je bungkus lauk masak kurma kat kedai Ruza Sabak Bernam tu.Itu je pun lauk yg sedap..yg lainnn ermmm

Sambung balik pasal mee suah..mee suah ni sedap kotttt,lembut kottt.Aku time gusi bengkak pasal cabut gigi geraham bongsu hari tu,mee suah ni lah penyelamat dari aku kebuloqqq.

Mee suah

Sup sayur bersama mee suah

Nak masak mee suah ni pun senang sangat...bila dah siap masak semua tu terus masukkan mee suah last sekali.Lepas tu terus makan,jangan tunggu 4 tahun pulak nak makan.Kena terus makan ye kawan-kawan kang abis dia serap air sup ko tu.

So,takkan nak makan sup sayur je kan.Suami aku Hazwan boleh lah sebab dia kata nak diet..kata dia lah tapi hari-hari,tiap-tiap malam makan gak nasi.Kalau tak makan sedih je rupa muka,kang minum milo ais satu jug pun tak cukup.Dari minum milo kaw yg manis dan likat tu baik makan nasi sepinggan kan.

Aku pun masak lah ikan sweet sour gitu...masak ikan seketul je pun.Ikan tenggiri tu pun besar jugak walaupun seketul.


Tenggiri sweet sour

Sos sweet sour tu memang aku saja buat banyak-banyak supaya lain kali kalau lapar masak je nasi,goreng telur makan dengan sos sweet sour ni.Kalau ada petai lagi syiokkkk.