Thursday, August 15, 2013

Rawatan jerawat di Klinik Dr Dharan,Rawang.Selangor

Aku sekadar berkongsi..aku tahu di luar sana ramai yang mengalami masalah seperti aku.Kita usaha ye kawan-kawan.

Entry ini di mulakan dengan gambar jerawat saya yang terkini...sila jangan muntah ye.





Aku dah tak tahan lagi dengan jerawat ini..rasa rendah diri dengan teguran orang..napa?ko nak bayar bil aku ke kannnn....ko ingat aku ni tak berusaha macam-macam ke.Sentap pulak tetiba kan ahkak ni,dasar hormon tak stabil.

So,pagi tadi aku gagahkan diri pergi klinik Dr Dharan ni.Klinik bukak hari-hari tapi mengikut kata pesakit sebelah aku tadi Dr Dharan tu cuma ada di branch Rawang pada hari selasa dan khamis.Turn aku tadi no 50,time aku sampai dah no 40.Tak lama tunggu lebih kurang sejam sahaja.

Inilah pertama kali aku pergi Klinik kulit yang ramai orang..selalu pesakit sikit je.Ko tahu lah kan klinik kulit ni harga ye kan mahal sikit..so bertambah yakin aku tgk ramai orang nak mendapatkan perkhidmatan klinik Dharan ni.

So,setelah consult dengan doc...beliau mengatakan jerawat aku ini disebabkan oleh bakteria.Dan memadangkan aku ni sudah berkahwin dan dalam perancangan to get pregnant so doc tak cadangkan makan satu antibiotik ni.Sebab ubat tu kena makan secara berterusan selama 3 bulan,lepas tu stop selama 4 bulan..baru lah boleh megandung.Kalau megandung gak during that period kena gugurkan.Awat...tak sanggup aku.

So,rawatan aku diteruskan dengan ubat antibiotik Erythromycin sahaja.Makan sebijik pagi dan sebijik malam.Dan aku kena pakai krim siang dan malam.Krim malam itu ada peeling sekali.
Inilah ubat yang dibekalkan...semoga menjadi kali ini.Berusaha,berdoa dan tawakal ye.Total ni semua hanya RM50...harga sangat berpatutan.

So,gambar di bawah  ini untuk maklumat anda semua...aku tebalkan kulit muka jerawat aku semata-mata nak share dengan korang ni..tepuk lah tangan sikit.hehehe





Adress korang boleh search di blog lain...dan klinik ini betul-betul terletak di belakang kedai tayar dan juga besebelahan dengan Hotel Sahara.Akan aku update lagi perkembangan jerawat aku dari semasa ke semasa ye.

Untuk perkembangan jerawat ahkak,sila ke entry terbaru mengenai jerawat ahkakkk
http://kasutkukalerhijau.blogspot.com/2013_12_01_archive.html