Tuesday, October 29, 2013

Aku cinta kepadamu..aku rindu di pelukmu

Helloooo..ngapainnn?tengah syok layan lagu indon,ahkak tak tahu tajuk dia sebenar ye,tetiba pagi ni telinga kepingin pangat dengar lagu.Kang dari aku melalut reka sendiri lirik dia baik aku google cepat-cepat.Semua sekarang di hujung jari kauuuu.

Rupa ye tajuk lagu ni yang sebenar-benar ye adalah Keliru by Ruth Sahanaya.Rupa-rupa ye lagu orang putus cinta..baru nak tuju khas pada en suami,abis kena tarik balik..jangan kau,kang tak pasal-pasal akumeroyandotcom.Dah kena bukak blog lain..hehe

Dengar lagu ni pun kat youtube..nak save memang tidak lahh sebab aku ni selera lagu sentiasa bertukar-tukar..hari ni memang hari lagu ni.kalau youtube ni macam tape player,tentu abis tersekat dah kena pusing guna pen pulak kan (zaman budak-budak pernah dengar lagu guna tape je paham)..Lagu ni aku dok ulang..ulang...ulanggg..ulanggggg 40 juta kali.

Dengar pun guna earphone..takdelah guna speaker,kang bernanah telinga opismate aku ni aku asyik ulang lagu yang sama,itulah aku ni dulu dok mengata rumet Uitm aku kat sri iskandar,Mek (bukan nama sebenar)...dia suka ulang lagu nidji 40 juta kali.hehehe,i miss u Mek,nanti kalau jumpa nak peluk Mek ketak-ketat.

Kembali ke prengan di atas,nak cete bab ear phone,tercerita pasal mek pulak kan.Ear phone beli kat daiso..of kos RM5 hinggiiitt je kan..kualiti ok lah yang penting panjang gilerrr kau..boleh berjalan ke meja orang lain.Aku ni dok layang lagu ni..elok baru nak masuk chorus lagu ni orang elok tepuk-tepuk tangan depan muka aku...rupa ye nak bercakap ngan aku.Kang aku stop lama kejap..takde lah pulak nak bercakap ngn aku...ni aku on balik lagu ni.Baru lah korang sibuk nak tanya itu nak tanya ini..

So..kesimpulan ye,tak sempat lagi nak amati lagu ni.Ok daa..entry tak berilmiah dari saya melaporkan dari Rawang i dont love you....Im just in love with Sabak Bernam..bolehhh?(entah betul entah tidak english grammar aku..#lantaksituakupediluapa.)

Thursday, October 17, 2013

Ceritera Balik kampung..lalalala

Poyooo sangat nak up entry balik kampung bagai..walaupun perjalanan tak sampai 2 jam pun kauuuu.
Aku dan suami tercinta balik kampung dah petang sangat,Alhamdulilah sampai Sabak Bernam hari sabtu ari tu before Magrib.

Nak cerita dulu al kisah hari Sabtu lepas,tengahari plan nak pergi kenduri kahwin Hazwan.So pagi tu tekak aiii teringin pulak nak makan creamy carbonara..tiru nama menu pizza hut,nama lain aku tak tau..sebab fisrt time makan benda alah ni kat pizza hut.Rasa kat pizza hut tu sedap lah gak walaupun mula-mula macam takut nak makan sebab dia kaler putih.Biasalah ahkakk ni very kg.com gitu.

Sekali kauuu..bila buat sendiri lagi marveless..gile puji diri sendiri kan.Sedap sebab banyak bahan rencah dalam tu,lebih lemak berkrim gitu.Poyoo citer pepanjang,biar aku up satu gambar.

creamy carbonara antara gapi 1E..hahaha
Boleh lah buat macam ni lagi..tapi makan selalu tak larat lorrr..muak kot.Dasar orang kampung aku ni.hehe

Lepas settle masak-masak,pergi kenduri,n then pergi jenguk keluarga mertua kejap.Lepas tu petang zasss ke kampung beta yang tercinta.

Pekan Kerling

Masa odw tu,Hazwan haus lah pulak.Singgah jap kat pekan Kerling ni..comel kan pekan Kerling ni.Aku suka pekan-pekan kat area Hulu Selangor ni,nostalgia je semua pekan-pekan dia..harap kekal macam ni untuk tatapan akan datang.Aku harap sangat ada pihak yang akan menjaga senibina pekan ni..rasa ye pihak Majlis Daerah punye kerja lah kan.

Ok lah itu je nak cerita..k byeee

Selamat Hari Raya Aidiladha

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua..walaupun hari ni dah masuk raya haji yg ke tiga.
Macam biasa raya haji kitaorang balik kampung di Sabak Bernam.Alahamdulilah korban dah kenduri berjalan dengan lancar ye..

Seronok dapat berkumpul bersama sanak dan saudara tercinta.

Selamat hari raya Aidiladha 2013

Friday, October 11, 2013

Ampang Pecah,Hulu Selangor

Hiiiiii...salam Jumaat,esok dah start cuti..yebeduuuu beduuu,aku start cuti esok sampai hari rabu.Korang lama tak cuti raya haji akan datang ni?selamat pulang ke kampung masing-masing ye.

Berbalik kepada tajuk cerita,hari tu family makcik aku datang rumah..ala comel-comel pulak dorang nak berjalan ke Kuala Kubu Bharu,meh jom pakat pergi ramai-ramai.So lepas berjalan-jalan di pasar Kuala Kubu,hari ahad ye lupa pulak nak maklum kan...Suami aku Hazwan saja bawak dorang pergi ke Ampang Pecah.Jadi cikgu sejarah sebentar.

Untuk makluman semua,Ampang Pecah terletak berhampiran Kuala Kubu Bharu.Merupakan pekan atau bandar utama suatu ketika dahulu ye.Ampang pecah mendapat nama dari nama empangan yang pecah.

Masa first time aku datang area empangan yang pecah ni..jalan dia betul-betul sebelum jambatan kecik,orang kelantan panggil gertak.Kita akan lalu macam sungai kecik..masa ni aku tak kagum lagi.Lepassssss tu tetiba dengar bunyi air menderu macam air terjun.Hahhh..kat situ lah empangan itu roboh,korang boleh paham tak ni,hasil dari empangan yang roboh telah membuat satu kejadian yang sangat ohsemmmm.Memang sangat tak sangka dari air sungai biasa,tetiba jadi macam air terjun...serius aku teruja.



Korang nampak tak air tu menderu-deru...best sangat dengar bunyi air tu.Budak-budak sekitar tempat tu selamba je terjun mandi kat situ,rupa ye air yang belah kiri tu cetek je..yang belah kanan tu empangan batu yang pecah tu jadi jatuh dan condong.Kat situ takde siapa berani pegi slide lah kannnn.


Korang nampak tak batu tu...yang dalam air tu

Pemandangan yang sungguh indah..Subahanaalah



Suami aku slumber badak suruh budak-budak ni terjun sebab dia nak ambik gambar.Budak-budak ni sporting slumber layan je.Seronok yeee jadi kanak-kanak.Tapi zaman kanak-kanak aku tak pernah lah terjun sungai.Gilosss ke,sungai Sabak Bernam tu besar dan sungai terdalam di Malaysia kottt.


Family makcik aku,terima kasih sudi datang ke rumah kami.


Sekian..tapi yang penting kalau korang nak release tension,saja nak berjalan-jalan tempat yg dekat dan balik hari.Aku rasa pilihan yang baik adalah di area Hulu Selangor ni.Macam-macam tempat korang boleh explore,aku yang hampir 2 tahun duduk area Hulu Selangor ni pun masih teruja dengan keindahan yang ada di sekeliling Hulu Selangor ni.

Next,ada masa nanti aku tunjuk gambar-gambar pekan Kuala Kubu Bharu pulak ye.Sekiannnn

Thursday, October 10, 2013

Ayam masak kicap ala bibik


Tekak ni dah lama teringin makan ayam masak kicap versi sendiri (giler teringin masakan sendiri)..ayam masak kicap ni bibik indon yang ajar...senang,cepat,mudah dan yang penting sedap mengikut piawaian tekak aku,tekak orang lain aku tak tahu.

ayam masak kicap bersama kentang ala bibik


Makan dengan nasi panas,tambah pulak dengan petai...aummmm shodappp ye.Aku pulak tak suka kentang yang dah campur dalam masak kicap tu.Makan kentang yang gorang tu je dengan nasi..terbaikkk.

Beberapa jam selepas itu bertapa sebentar dalam toilet sebab banyak sangat makan petai..tapi ada aku kisahhhh.hahaha





Thursday, October 3, 2013

Bekal makanan ke opis mopis

Korang rajin tak bawak bekal ke opis.Aku dulu rajin sebab hari-hari dulu aku suka masak,lepas tu malas kejap.Sebab kalau pagi-pagi aku lepas panaskan lauk,lepas tu mesti nak lap dapur,mop lantai lagi..kelam kabut terus pagi yang hening itu.Takpe aku takdelah sampai tahap rajin nak menumis memasak pagi-pagi tu,selalu ye kalau bawak bekal balance makanan malam sebelum tu.

Tapi kan ada setengah orang macam segan nak bawak makanan dari rumah..aku apakedahal,aku yang beli,aku yang masak dan aku jugak yang mencekik.Hari ni aku rajin bawak bekal balik,sebab seriusly kantin tempat kerja aku ni masakan dia rasa macam hampehhhhhhhhhhhhh sangat dah.Tak lalu dah tekak aku ni nak telan.Dah lah masak benda yang sama hari-hari tapi rasa tetap macam tu,tak bertambah sedap pun.


Selamat menjamu selera kawan-kawan.Daaaaa

Kembali memasak

Sejak bulan puasa hari tu aku jarang sangat masak kat rumah..asyik meyiam (makan kat kedai siam) je kerja ye.Asyik menu yang sama,tekak pun dah bosan makan kat kedai siam.

So,mari lah pulang ke pangkal jalan dengan kadar segera..jom main masak-masak kembali.Barang basah memang takde stok skrg sebab jarang masak kan.Selalu aku beli kat Sabak Bernam bila time balik kampung,harga memang lah harga patut kan..beli udang besar-besar tu baru sekila RM27,ikan tenggiri sekilo baru RM14...memang berbaloi..ikan pun segar gak.Tak pun kat pasar Batang Kali ikan pun takde lah mahal sangat tapi tak dapat lah sesegar bugar macam kat kampung halaman cheqq kat sabak nun.

Tapi sebab semalam semangat berkobar-kobar nak masak jugak,singgah lah kedai runcit kat Antara Gapi tu..ambik sotong sederhana besar 5 ekor dan ikan kembung 2 ekor.Semua sekali RM9..hemooo hemoo betul,ikan dan sotong dah lembik-lembik lunyai gitu.

hasil tangkapan
Korang nampak,macam tu pun dah sembilan hinggiiitt..Cadang aku nak buat sotong koreng kunyit campur sayur-sayur gitu dgn ikan goreng cili.So 2 jenis lauk ok lah kan,tak payah nak goreng sayur ala econsave lagi.Tapi plan asal terpaksa di tukar sebab sotong tu macam tak fresh dah.So kita kasi tukar...aku masak sambal sotong dgn ikan goreng,lps tu malas nak masak sayur..tup-tup muncul satu menu lain aku buat acar atau jelatah.

Ikan 2 sejoli

Sambal sotong umphhh punyer

Jelatah / Acar
Alhamdulilah..itu lah rezeki kami malam semalam.Suami aku sibuk tanya bila masa aku buat jelatah tu,dah tentu jelatah tu senang je nak buat kan.

Hazwan : Bila masa awk buat acar tu?
Aku       : Semalam 
Hazwan : Semalam takde pun saya tengok...
Aku       : Memang lah takde semalam sebab saya baru buat tadi.

Saja je aku jadi padeiyapaa sikit..korang paham tak?tak paham sudah...hehehe


Wednesday, October 2, 2013

Manis mulut

Hari ni ahkak nak bebel-bebel pasal manis mulut...ahkak memang bukan dalam kategori manis mulut,aku kategori masam mulut..boleh????

Aku rasa kategori manis mulut ni aku bagi pemenang ye kepada suami aku Hazwan Othman.Yeeee dia sangat lah manis mulut dan super duper peramah.Tapi kalau satu masa nampak dia macam tak peramah tu kita boleh detect terus mesti beliau tengah stress tu.Yaaa pastiii...(tetiba iklan jenama baju indon Atlas)

Antara aku tak puas hati kalau Hazwan ni manis mulut ni adalah pasal makanan.Contoh masa bulan raya hari tu kan kitaorang pergi satu open house rumah saudara beliau.Masakan memang sgtttt macam orang baru belajar masak padahal umur dah agak tua lah kan.Takpelah makan jelaa..tak payah banyak bunyikkk.Tapi laki aku ni over kata kauuuu..siap puji bagai rasa macam kat hotel,dah boleh bukak kedai lah...tension aku dengar,rasa nak tutup mulut dia bagi berhenti buat pujian palsu.Dah sah-sah mee goreng akak tu kejung dgn minyak..setakat boleh lah makan 3 suap.Pak mertua aku lagi steady,dia tak larat dia pass je kat mak mertua aku ni..Mak mertua aku boleh redhooo ambik dan makan.hahaha

Aku cakap kat suami aku..antara punca banyak kedai makan masak tak sedap mesti berpunca pada beliau ni.Sebab orang-orang manis mulut macam ni lah yang menyakinkan orang-orang yang tak berapa pandai masak ni jadi sampai terlalu yakin sampai terbukak kedai.Lepas tu orang makan terus kena maki.(maki dalam hati jelaa tapi).Kalau orang tu tak take it serious takpelah kann...tapi sekarang ni banyak sangat bangsa orang perasan..perasan cantik,perasan kaya...semua dia nak perasan tapi padahal perasaan dia je sorang.Orang lain tak perasan buat dan buat dekkk jek kan.

Ok kesian entry merapu dari saya.Daaaa

Tuesday, October 1, 2013

IKHLAS kah kamu

Ikhlas adalah satu benda yang tidak boleh di ungkapkan..selalu orang akan cakap..."ambik je,saya ikhlas ni"...seikhlas manakah anda di situ...tiada siapa yang tahu,hanya anda dan anda dan anda dan Allah swt sahaja yang tahu kan.

Hari ni saya nak jadi ustajahhhh sikit..sekejap..2 minit je.hehe.Sekadar ingin berkongsi kata-kata ustazah saya dulu,nama beliau saya sudah lupa.Beliau berkata 

"Iklas itu ibarat semut hitam berjalan di atas batu hitam di waktu malam gelap gelita"

Sekadar berkongsi...daaaa