Friday, November 6, 2015

Resepi Cream Puff Pasti sedap


Resepi ni aku dapat dari joy of baking.
Memang sedap dan mudah.Joy of baking ni siap sediakan video lagi.

Yang bagusnya,dia bagi resepi cup dan juga gram.
Aku lebih prefer cup sebab mudah dan pantas.
Kalau nak buat cream puff ni pastikan guna butter yang berkualiti.
Contoh anchor,tatura dll.Ada banyak lagi brand yang elok.

Lepas tu sila laaa tolong pakai whipping cream.
Jangan guna kastard dan susu,rasa dia nanti tak selembut sesedap pakai whipped cream.
Aku siap tambah dalam resepi tu,instant custard warna putih taknak bagi whipped cream tu cepat cair kalau kat luar peti ais.6 8 jam elok je kat luar.

Nak nampak cantik,taburkan snow sugar.
Snow sugar ni takkan cair walaupun kita simpan cream puff ni dalam peti ais.


Setelah dimandikan ditabur snow sugar.Lepas tu lapik dengan paper cup lembik tu.



Dah ready untuk dibawa kemana-mana.
Alhamdulilah semua suka resepi cream puff ni,
Setiap kali bawak kalau ada event mesti ada orang nak tempah beli.
Bukan nak puji dir yeeee.Tapi aku tolak cara baik.
Memang niat nak jamu makan je.Aku siap bagi resepi.

Selamat mencuba kawan-kawan.