Friday, May 20, 2016

Resepi Ayam Kicap Mudah Sepantas ABC



Yesss...Jumaat kini tiba lagi.
Esok cuti,hep hep hoorayyyy.

Kali ni nak share resepi ayam masak kicap.
Senang sesangat, dan pantas sesangat.
Dapat resepi dari facebook.
(sorry tuan empunya tak bagi kredit sebab dah lupa nama fb awak)


Bahan-bahan :

Ayam (goreng dahulu)
Cili padi
Cili merah
Bawang putih
Halia
Bawang besar
Sos cili
Kicap Manis

Cara-cara :


  • Macam biasa ayam goreng dahulu.
  • Lepas tu segala bahan tu (kecuali sos dgn kicap) receh je (potong) ,tiada proses menumbuk atau    blender diperlukan.
  • (so bagus sebab tak payah susah-susah nak mencuci lesung atau blender ) ko nak jugak jadi point so lantak laa..korang skip bab ni..haha
  • Ambil kuali,panaskan minyak..eh lupa pulak nak bukak api
  • Minyak agak-agak,masukkan je semua benda ala yang teleh di receh jelita.
  • Tumis sederhana garing,masukkan sos cili dan kicap
  • Last sekali masukkan ayam
  • Rasa sikit kuah,selalunya tak payah dah garam sebab kicap dan sos dah cukup rasa.Time goreng ayam pun dah letak garam.
  • Ok siapppppp..makan dengan nasi panas bersama timun jepun.Enakkkk.



Mintak maaf laa resepi ni semua bahan main agak-agak.
Nak masak ni kena yakin je mengikut hati anda.
Masa masak kacau-kacau tu selawat dan ikhlaskan hati,
InsyAllah menjadi la sedap masakan anda.

Ni time sahur sesuai sangat menu ni.
Ok kita sudahi entry ni dengan bukti hasil masakan gue.
Persembahkannnnnn