Monday, June 24, 2013

24 jam...

Hari jumaat yang lepas..aku dan suami memulakan perjalanan ke Kuala Berang pada pukul 8.00 malam...makna ye balik je kerja pukul 5.30 ptg,aku zassss  balik rumah,sampai rumah pukul 6.00 ptg lepas tu terus kemas apa yang patut.Penatttt...dah lah siang tu kerja byk.



Jadi berbekalkan alasan kerja yang banyak di siang hari..sepanjang perjalanan tu aku tido.Maaf sang suami...adinda mu ini lagi capekkkk.Aku tau2 je pukul 2.30 pagi  kami dah selamat sampai ke Kuala Berang..aikkkk suami aku tak stop2 ke drive.Aku bajet suami aku nanti singgah tidur kat RnR ke..ini tidak dia gagahkan diri drive sorang-sorang.So,misi mencari bilik,boleh pulak penuhhhhh.Yang ada berlambak kat Kuala Berang tu homestay..apekahhh ini.Aku bebel kat suami..kalau tau nak sampai cepat mcm ni aku try google tempat penginapan kita.Ada satu tempat tu mamat tu boleh poyo-poyo pulak cakap bunyikkk key alll..kalau susah-susah you alll tidoo masjid jelaaa.Nasib aku tak tamporrr muka ko dikk sebab ahkak ni masih dalam keadaan mamai.Siap ber you dan ber I bagai...geli tekak ahkakkk.

Nak taknak kitaorang terpaksa lah drive lagi setengah jam ke Kuala Terengganu,terpaksa pulak round-round KT pagi-pagi sambil di temankan mat-mat rempit KT.Tapi memang rugi check in pukul 4.00 pagi..check out pukul 9.00 pagi esok ye.Tapi nanti nak mandi kat mana kalau tak sewa hotel gak kan..at least bolehlah tidoo berlunjurrr (ini bukan mencarut ye,kalau area tempat aku maksud dia macam meluruskan badan gituu).

Aktiviti Sabtu pagi tu dimulakan di Pasar Payang..senang breakfast je sume kat situ,tak payah pusing-pusing sgt area KT ni pun sebab kepala pun ting tong dan mata sembab.Misi ke Terengganu ni pun bukan ye nak berjalan tapi sebab nak ambik adik ipar kat Kuala Berang.Pagi-pagi kita pekena nasi minyak dulu...gulai ayam dia memang terbaikk,tapi lagi sedap kalau ada acar.Tapi sebab kedai tu jual nasi minyak je..lauk gulai daging,gulai ayan dan gulai telur je ada.Ahkak redhoooo...

Nasi minyak Pasar Payang

Suami aku boleh buat muka pelik kata nasi minyak ni kenapa warna-warni..aku cakap ni pewarna lah..tempat kita pun ada,tapi zaman skrg ni tak tahu kenapa org malas.buat plain je.Bila berkaler-kaler macam ni kan berseri...hehe

Misi di teruskan...aku sempat lah rembat kain sutera batik satu,ada gak baju raya nanti kan.Beli keropok ikan parang yang betul punyer takde campuran ikan lain..sekilo RM28.00.Kalau aku kena tipu..nasiblahhh.Beli pengkukus..nak melengkapkan dapur,yang kecik tu baru RM18..tapi bukan cap buaya lorr..gasak jelaa asal berkukus.

Pukul 11.00 pagi kitaorang terus ke Kuala Berang,makan tengahari..Pukul 1.00 tgahari meneruskan perjalanan pulang.Macam biasa aku terus tido sampai pukul 3.00 ptg,lepas tu aku tukar drive dgn Hazwan..Singgah makan kat RnR Termeloh,bungkuskan seketul ikan patin buah buat ayah mertua,ok lah harga seketul RM12.00,kalau yang sangkar RM7.00.Jangan tanya aku apa beza rasa ikan patin ni sebab aku ni memang tak makan ikan sungai..kenyirrr tekak ahkak sebab ada mcm bau-bau tu kan.

Alhamdulilah pukul 7.30 pm kami selamat sampi ke Batang Kali.So trip ke Terengganu kali ni tak sampai 24 jam,sempat bermalam di Kuala Terengganu dan shopping sikit..Esok pagi Ahad bangun badan sakit-sakit,keluar lunch..ptg sambung tidur lagi..baru legaaaa dan bertenaga semula.So,malam baru larat kemas rumah bagaiiii.Orang nak tidur aku baru bertenaga nak vacuum rumah bagai kan.Yang kesian pagi Ahad tu Hazwan kena pergi Hari Bertemu Pelanggan,dan oleh sebab itu kami terpaksa buat short trip..kalau tak banyak lagi list tempat aku nak pergi weiiii..antara ye pekena sotong celup tepung kat Pantai Burok.Telan air liur je laaa.

Ok lah...tergeliat jari aku ni type entry ni.Dah lah udara tengah hangit sekarang ini..sampai ketemu lagi yokkk.Daaaaa