Tuesday, June 25, 2013

Penyejuk tekak di kala Jerebu..

Ada yang share kat facebook nun..elok minum air kelapa atau air limau di kala jerebu ni.Tapi air limau tu aku dah bosan..dulu hari-hari aku minum air limau konon-konon nak kekalkan bentuk badan kerempeng aku ni.
Air kelapa..aku tak berapa minat,jenis aku kalau nak minum air kelapa kena duduk tepi pantai (ini aku tipu)..hehe.

So,sejak dua dan tiga menjak ini..aku dah minat dengan satu air ni,jangan risau air ini tak memudaratkan dan memabukkan..hehe.Tapi ada orang cakap kalau selalu minum tak elok,urat kembang..dan blaaa blaaa blaaa.Aku dengarkan je,tapi tiap kali makan luar tetap ahkakkk order,yang penting tekak ni dah mengidam..nak buat macam mana kan.

Air Tembikai ikat tepi...

Minum air tembikai pun nak kecoh kan...hahaha,sedap pekat dan yang penting manis.Aku ni kalau air tu tak manis memang boleh mendatangkan kemarahan dan amukan.Jenis aku kalau ko nak minum air yang manis mesti cukup rasa..takde istilah kurang manis dan sebagainya.Kalau kurang je rasa dari piawaian kemanisan aku..baik minum air kosong.Walaupunnnnnn....aku ni bukan peminum air kosong,last aku minum air kosong awal bulan lepas kottttt.Jangan amalkan ye dik non,ahkak takpe sebab kat rumah ahkak ada banyak buah pinggang spare..Ok serius tak lawak..tapi nak gelak jugak..hahaha

Peingatan kepada diri sendiri..mari amalkan meminum air kosong,masih tak sedar diri muka dah berkawah dengan jerawat...sila nyah kan toksik dalam badan dengan air kosong.Ok..dadaaaaaa