Tuesday, August 13, 2013

RAYA 2013

Selamat hari raya semua...dah raya ke 6 baru aku reti nak wish pada semua kan.Ahkak cuti sakan ok...dari 3hb Aug sampai lah 12hb Aug.Masuk kerja hari ini terasa lemauuu macam kueh bakar masuk dalam mulut...gituuu.

So,nak tunjuk sikit gambar raya yg tak seberapa.Ambik pic pun guna hp je,malas nak sorong camera.

baju raya ahkak..

Tahun ni beria aku pergi beli kain and tempah baju..last-last aku tak pakai pun baju ni lagi.Sebab suami ahkak nak tema hitammm..ahkak taknak jadi isteri derhaka lalu terpaksa lah beli baju lagi untuk mengikut tema panglima hitam.

Sopan di sisi suami tersayang
Aku rasa macam poyoooo sangat bila laki bini pakai hitam.Hilang kecerian pakai hitam ni,suami aku takpe lah badan dia mok-mok..bila pakai hitam nampak lah slim sikit.Aku ni pakai hitam nampak lagi sekeping aku ni dah macam tiang trafic light gituuu.

zapin di pagi raya

Itu jelaa cerita hari raya pertama 8hb August 2013 bersamaan 1hb Syawal 1434.Gambar food takde pulak..nanti kalau rajin aku cilok pic food kat fb ayah aku,ye ayah aku rajin meng update gambar food dalam fb.Hari-hari dia update menu kat rumah aku tu.Ok kawam-kawan sekiannn...Kalau megantok sila kunyah biskut raya yang korang tapau dari rumah tu...Daaaa