Wednesday, October 2, 2013

Manis mulut

Hari ni ahkak nak bebel-bebel pasal manis mulut...ahkak memang bukan dalam kategori manis mulut,aku kategori masam mulut..boleh????

Aku rasa kategori manis mulut ni aku bagi pemenang ye kepada suami aku Hazwan Othman.Yeeee dia sangat lah manis mulut dan super duper peramah.Tapi kalau satu masa nampak dia macam tak peramah tu kita boleh detect terus mesti beliau tengah stress tu.Yaaa pastiii...(tetiba iklan jenama baju indon Atlas)

Antara aku tak puas hati kalau Hazwan ni manis mulut ni adalah pasal makanan.Contoh masa bulan raya hari tu kan kitaorang pergi satu open house rumah saudara beliau.Masakan memang sgtttt macam orang baru belajar masak padahal umur dah agak tua lah kan.Takpelah makan jelaa..tak payah banyak bunyikkk.Tapi laki aku ni over kata kauuuu..siap puji bagai rasa macam kat hotel,dah boleh bukak kedai lah...tension aku dengar,rasa nak tutup mulut dia bagi berhenti buat pujian palsu.Dah sah-sah mee goreng akak tu kejung dgn minyak..setakat boleh lah makan 3 suap.Pak mertua aku lagi steady,dia tak larat dia pass je kat mak mertua aku ni..Mak mertua aku boleh redhooo ambik dan makan.hahaha

Aku cakap kat suami aku..antara punca banyak kedai makan masak tak sedap mesti berpunca pada beliau ni.Sebab orang-orang manis mulut macam ni lah yang menyakinkan orang-orang yang tak berapa pandai masak ni jadi sampai terlalu yakin sampai terbukak kedai.Lepas tu orang makan terus kena maki.(maki dalam hati jelaa tapi).Kalau orang tu tak take it serious takpelah kann...tapi sekarang ni banyak sangat bangsa orang perasan..perasan cantik,perasan kaya...semua dia nak perasan tapi padahal perasaan dia je sorang.Orang lain tak perasan buat dan buat dekkk jek kan.

Ok kesian entry merapu dari saya.Daaaa