Friday, October 11, 2013

Ampang Pecah,Hulu Selangor

Hiiiiii...salam Jumaat,esok dah start cuti..yebeduuuu beduuu,aku start cuti esok sampai hari rabu.Korang lama tak cuti raya haji akan datang ni?selamat pulang ke kampung masing-masing ye.

Berbalik kepada tajuk cerita,hari tu family makcik aku datang rumah..ala comel-comel pulak dorang nak berjalan ke Kuala Kubu Bharu,meh jom pakat pergi ramai-ramai.So lepas berjalan-jalan di pasar Kuala Kubu,hari ahad ye lupa pulak nak maklum kan...Suami aku Hazwan saja bawak dorang pergi ke Ampang Pecah.Jadi cikgu sejarah sebentar.

Untuk makluman semua,Ampang Pecah terletak berhampiran Kuala Kubu Bharu.Merupakan pekan atau bandar utama suatu ketika dahulu ye.Ampang pecah mendapat nama dari nama empangan yang pecah.

Masa first time aku datang area empangan yang pecah ni..jalan dia betul-betul sebelum jambatan kecik,orang kelantan panggil gertak.Kita akan lalu macam sungai kecik..masa ni aku tak kagum lagi.Lepassssss tu tetiba dengar bunyi air menderu macam air terjun.Hahhh..kat situ lah empangan itu roboh,korang boleh paham tak ni,hasil dari empangan yang roboh telah membuat satu kejadian yang sangat ohsemmmm.Memang sangat tak sangka dari air sungai biasa,tetiba jadi macam air terjun...serius aku teruja.



Korang nampak tak air tu menderu-deru...best sangat dengar bunyi air tu.Budak-budak sekitar tempat tu selamba je terjun mandi kat situ,rupa ye air yang belah kiri tu cetek je..yang belah kanan tu empangan batu yang pecah tu jadi jatuh dan condong.Kat situ takde siapa berani pegi slide lah kannnn.


Korang nampak tak batu tu...yang dalam air tu

Pemandangan yang sungguh indah..Subahanaalah



Suami aku slumber badak suruh budak-budak ni terjun sebab dia nak ambik gambar.Budak-budak ni sporting slumber layan je.Seronok yeee jadi kanak-kanak.Tapi zaman kanak-kanak aku tak pernah lah terjun sungai.Gilosss ke,sungai Sabak Bernam tu besar dan sungai terdalam di Malaysia kottt.


Family makcik aku,terima kasih sudi datang ke rumah kami.


Sekian..tapi yang penting kalau korang nak release tension,saja nak berjalan-jalan tempat yg dekat dan balik hari.Aku rasa pilihan yang baik adalah di area Hulu Selangor ni.Macam-macam tempat korang boleh explore,aku yang hampir 2 tahun duduk area Hulu Selangor ni pun masih teruja dengan keindahan yang ada di sekeliling Hulu Selangor ni.

Next,ada masa nanti aku tunjuk gambar-gambar pekan Kuala Kubu Bharu pulak ye.Sekiannnn