Tuesday, July 16, 2013

Puasa Day 6

Hai kawan-kawan...dah puasa ke 7 dah kiter,sekejapannn je dah seminggu kan.So,semalam adalah hari isnin malas nama ye,nasib baik suami aku yang baik hati sudi nak hantar aku pergi kerja.Bertuah ye rasa tak payah drive..So balik kerja terus ke bazar ramadan di Serendah.

Alhamdulilah terus dapat parking,bazar Ramadan di Serendah ni tak besar mana tapi banyak pilihan makanan mengikut tekak masing-masing ye.So total makan berdua campur air bagai RM15,super duper murah kan..Sila lah jamu mata melihat makanan di bawah..

Kepak...3 ketul RM 5,murah kannn

Sayur lemak pucuk paku RM 2

Kuih RM 2..tak perasan aku pilih kueh sume kaler hijau

Ikan bawal 3 rasa RM 4

Lepas tu aku beli air mata kucing RM 2,air sangat manis dan pekat.I loikeeee...Pendapat aku bazar Ramadan Serendah ni majoriti peniaga-peniaganya memang asal berniaga atau ada kedai..bukan jenis time ramadan baru nak jadi peniaga.Petang ni boleh singgah lagi borong apa yang patut..so balik rumah tinggal masak nasi,tak payah bukak silat bunga nak memasak dan tergopoh-gopoh kan.Malam kita boleh fokus dan dgn tenang hati dan juga tanpa berat kaki kita menunaikan ibadah sunat di bulan Ramadan.Gituuuu.....

Ok..selamat bekerja semua.Aku ni time bulan puasa ni lah berlambak-lambak kerja,tapi sempat pulak datang sini kan..haha.Daaaaa