Wednesday, July 31, 2013

Ramadan ke 21

Sekejapannnn je kan dah Ramadan ke 21,minggu depan dah nak raya.Sedikit kaget aku sebab banyak benda tak settle lagi tu.Weekend ni dah sibuk balik kampung,tapi sebelum balik kampung tu kena lah kemas rumah sendiri kaw-kaw dulu kan.So hari jumaat tu lepas berbuka macam-macam benda nak buat kat rumah tu..nak tukar air akuarium,nak cuci bilik air (kang lepas balik kampung kang ada pulak dtg beraya berkeladak pulak bilik air tu walauuuuupunnn tak pernah sampai tahap macam itu kan)...tapi aku pelik sesetengah orang tu selera nak menjalankan misi dalam bilik air yg kotor...itsss so yewwww.

Tapi hari jumaat tu malam ganjil kan,orang lain semua sibuk cari malam lailatul qadar..aku ni dah plan nak sibuk benda lain pulak kan.Bila dah last-last nak habis puasa ni,malas masak tu dah sinonim dengan semua orang.Tapi aku suka lagi kalau berbuka masak sendiri sebab takde lah time sahur aku nak memasak lagi.Tapi apakan daya,tarikan magnet luar itu sangat kuatttt..

Tapi semalam aku elok masak,sebab tekak ni tak tau nak makan apa kat luar tu.Elok pulak teringin makan sardin sebab tengok kat blog kak filla and mama tia mia..auwww mengancam sardin anda.Balik terusss zasss nak masak...tapi aku ni ikan sardin tu aku goreng sikit,taknak dia lembik and rasa hanyir.Tapi tue lah ikan sardin ni jahatttttttt sgt,time goreng suka nooo meletup-letup lepas tu minyak dia terpercik kat kaki kanan aku..pelik aku kat situ,awat ye pergi kat kaki..nak kata aku masak bersila tak jugak.Elok dapur tu atas kabinet kannn.Apa-apa jelaaa labu tapi nasib kaki aku tak melecur.

lauk semalam
Simple je aku masak,buat sardin,telur dadar dan sayur campur.Kuih of koss beli je dik non,mana ada masa nak mengetel kan.Semalam first time dapat buat sardin ala mak mertua aku,suami teringin benor..rupa ye tak payah bubuh cili kering pun.Aku selama ni buat sambal sardin rupa yeee.Versi kali ini sangat senang sebab tak payah tumis cili pun.Kurang lah percikan minyak.

Masak ye kejap,megemas yang jadi lambat...aku tak biasa makan tanpa kemas dapur.Kalau goreng telur sebijik pun aku sibuk lap dapur siap mop bagai.Aku memang tak suka dapur berminyak...

Itu jelaa al kisah semalam..tamat.hari ini takde idea nak berbuka apa.Suamai aku sebelum gerak pergi kerja dah tanya kat aku nak berbuka apa malam ni...pagi sangattttt awak tanyaa.Perut pun kenyang lagi makan sahur tadi..hehehe.I love u syg..ok tetibe sangat.Byeeee and selamat tidur di surauuu..